Sunday 22 January 2012

Senyum Tak Kembali..

♫♪♫...Kekasih usah merasa ragu dan sangsi..Kekasih cintaku takkan terbelah bagi..Keringkanlah airmata di pipi mu sayang..Kembali senyum..♫♪♫


(Begitulah antara bait2 lagu Kembali Senyum nyanyian Izwan Pilus)

Tersentak,kaku,kejung,kejang,beku..ah bcampur perasaan aku sbaik mndapat sms dari kakak aku yg mmberitahu pnyanyi Izwan Pilus,abg kpd pnyanyi Ariel AF mninggal dunia.Subhanallah.Rasa mcm xpercaya.
Last aku baca update psl dia bberapa bulan lepas,pasal dia dan adik dia masuk wad sbb demam yang xkebah2.Aku bajet demam biasa.Xsangka punca dr demam 2 la doc mngesahkan dia terkena jangkitan kuman dalam darah dan dia menghembuskan nafas terakhir semalam iaitu pada Hari Jumaat,19 Januari 2012,sekitar jam 6ptg).Syukur Alhamdulillah,adik dia,Ariel bjaya disembuhkan tp ajal arwah mgkin dh smpai,lalu pergilah dia mghadap Ilahi,mndahului kdua ibuapa dan adiknya,dan mendahului kita smua yg masih bernafas..

Hilangnya sebutir bintang.
Dulu aku boleh tersuke dan terminat kat arwah sbb dia bjaya bawa lagu Kembali Senyum dgn sempurna skali.Kebetulan lagu 2 dialihabahasa dari lagu tema drama korea,Full House yg pernah jadi lagu ringtone henpon aku waktu zmn2 blajar dulu.Bila aku dapat tau dialah penyanyi yg bsuara merdu yg mmbawakan lagu itu,terus aku suka dia.Lagipun orgnya xkurang hebat.Tampan dan sejuk mata memandang.Matanya bulat.Senyumnya cukup memikat!begitu comel.

Antara gambar terakhir arwah.Sayu skali tatap gambar ni.
Bagi aku dia artis lelaki yang berbakat.Kurang skali kontroversi psl dia.Sedih sgt2 aku nk mnerima pemergiaan dia di usia yg begitu muda,lagi pula bujang trang tang2..kalau lah dia terima pinangan aku dulu.Eh3..telebih sudah.

Apapun aku mmg masih xdpt trima sbnrnya berita kematian arwah.Rs nk mngalir air mata tatkala aku ulang bkali2 lagu popular dia,Indah Lelapku.
Smoga Rohnya ditempatkan dikalangan org2 briman.Bersemadilah Khairil Izwan Bin Pilus dgn aman.Smoga Indah lelapmu disana!Aku akn sentiasa mengenangmu sbg salah sorg penyanyi lelaki yang pernah mnyentuh hatiku dgn alunan2 merdu lagumu.Al-Fatihah!




No comments:

Post a Comment