Wednesday 15 April 2015

Tiada Beza Pun....

Budak ni tunggu masa je ni hantar umah pengasuh. :)

Tadi sy tbaca komen seorang ibu kat satu link vdeo pnderaan anak yg berlaku di sbuah pusat asuhan di Selangor .Ada nada sdikit riak bila dia ckp mujurlah dia ni surirumah spenuh masa, jaga ank sdiri dan xhantar kpd pngasuh sebab anak 2 amanah Allah, jd ibubapa la kena jaga bukan bg kepada pengasuh. Dia ingt ibubapa bkeje yg anta umah pngasuh 2 mintak ke ank ddera? Ingt org keje spt kami ni bg ank pd pngasuh sbb pegi bpoya2 ke? 

Ikutkan hati smua ibu bapa di dunia mahu duduk rumah habiskan ms bsama ank2.Tp sbb anak amanah Allah lah, maka kami keluar bkeja.Anak bkn utk djaga dan dikawal pgerakan mreka semata,tp perlu dberi makan,tempat tggal dan pakaian selesa.Dan smua itu tidak datang sdiri.Ibu bapa yg kena cari dan sediakan.Bersyukurlah kalau suami anda mampu keje seorang diri dan anda jaga anak drumah.Tp dlm keadaan sara hdup yg smakin tggi,sy pcaya ramai wanita tpksa ikut sm bkeje mringankn beban suami.Lalu tpksa memutuskan utk mnyerahkan anak2 kepada pengasuh.

Namun sy pcaya, sebagai ibu bapa yg baik, kita tidak mnyerahkan spenuhnya urusan mnjaga anak kepada pengasuh. Selepas hantar anak ke rumah pengasuh,tgjwb kita kpd anak tidak terhenti di situ sahaja.Otak akn tetap bpusing ligat memikirkan anak2 yg jauh dmata. Apakah anak aku sedang buat..sudah makan ke anak aku..sedang tidur atau bermain.Adakah dia selesa di rumah pengasuh atau di Taska?? Sekejap2 kita akan call/sms utk btanya keadaan anak2.

Meskipun sibuk bkerja,kita tetap memantau pkembangan anak dr jauh. Selalu btanya pngasuh keadaan anak, ada masalah atau tidak. Hati ibu mana tidak risau bila anak yg dkandung slama 9 bulan ttiba tpksa dijaga oleh orang lain. Sebagai ibubapa,kita hanya boleh berdoa agar anak kita betul2 dijaga dengan sempurna oleh pengasuh. Tiada ibubapa mahu anak dlayan dgn kejam,didera atau dipukul di belakang mereka. 

Isu penderaan kanak2 di pusat asuhan bkn lah isu baru. Ia telah lama berlaku. Namun kita seharusnya sedar, tukang2 dera yg berhati kejam ni kadang bukan melibatkan pengasuh je tapi ibu bapa kandung sendiri,ibu tiri, bapa tiri, bapa dan ibu saudara pon kerap terlibat dgn kes penderaan anak2 kecil. Jadi tak perlulah kita memandang smua pengasuh sebagai manusia yg tidak layak mnjaga anak2 kita sbb darah daging sendiri pun kadang ada yg berhati binatang.

Kepada tukang komen yg gemar ckp riak mcm tu, sehingga mnyentuh hati ibu2 bkerjaya.Percayalah prjalanan hidup setiap orang tidak sama. Mungkin akak dtakdirkan punya kewangan yg stabil lalu boleh duduk rumah mnjaga anak2. Sementara org lain dtakdirkan sebaliknya. Apapun, sm ada kita memilih utk jd suri rumah sepenuh masa atau ibu yang bkerjaya, segalanya tetap menjadi ibadat seandainya kita melakukan smua itu dgn niat demi anak2. Kedua2nya tetap dipandang mulia oleh Allah.

Tiada siapa pun yg paling hebat. Suri rumah spenuh masa atau ibu bkerjaya sebab kdua-duanya mempunyai cabaran tsendiri dan pngorbanan yg besar.Tidak mudah menggalas tugasan sbg suri rumah dan ibu yg bkerja.Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan sendiri!

Apapun sy bersyukur sebab setakat ini anak saya berada di bawah jagaan Atuk dan Tok wan dia selama saya dan suami keluar bkerja. Kami tidak ada masalah untuk hantar anak kepada pengasuh tetapi ibubapa mertua saya masih berkeras mahu mnjaga Dyan Nur Shalia. Maklumlah cucu sulung. Apapun saya pcaya satu hr nanti mungkin ibubapa mertua sudah tidak larat mnjaga cucu, jadi kenalah juga hantar anak kpd pengasuh. Seperti ibubapa lain, saya pun hanya boleh berdoa agar bertemu dgn pengasuh yg penyayang dan boleh mjalankan amanah mnjaga anak2 sy dgn baik.Amin.


Monday 23 March 2015

Menyusu Anak Ketika Hamil.Fiuuuuuu..

Masa saya disahkan mengandung ank second ni..Dyan nur shalia baru menginjak usia 8 bulan.Masa tu mmg dia dh minum susu botol sbb sy bkerja di siang hr dan malas nk pam2.Tp malam mmg dia menyusu badan spenuhnya wktu itu. Hati mnjadi sedikit gusar sm ada sy boleh meneruskan penyusuan susu badan ini ketika sdg mngandung. Lebih mnyedihkan ramai bpendapat sy perlu mnghentikan serta merta mnyusukan Shalia krn bberapa faktor yg sy xpasti betul ke tidak faktanya. 

Ada doktor kt blog mmberitahu penyusuan badan mmg boleh mngecutkan rahim,sterusnya mmbahayakan kandungan.Ada yg kata susu sy skrg bkn lg susu yg bkhasiat sbb dpengaruhi hormon apa tah..ada yg kata susu badan sy kini adalah susu utk anak kandungan dan xssuai lg dminum oleh kakaknya.Dan pelbagai lg kemudaratan lain yg sy jumpa tentang bahaya menyusu ank ketika sdg hamil,baik dr blog2 yg sy google,atau dr mulut org tua yg bpengalaman.Ibu kandung dan mertua sy juga xbegitu bstuju melihat sy terus mnyusukan Shalia.Itu belum melibatkan nurse2 di klinik krajaan lg.Dorg awl2 dh warning sy supaya mghentikan pnyusuan bdn pd ank sulung scara perlahan2.


Kakak Kawasan.Dh minum sebotol tetap jugak cari "kawan baik" dia..heeee!

Dh besar pon anaknda ku..bakal kaklong.



Hati sy sedih.
Bg sy Shalia masih terlalu kecil.Walaupun dia sudah tidak menyusu badan scara ekslusif,namun susu badan seakan menjadi sesuatu yg wajib bg dia pd waktu malam.Kalau sy ada drumah,mmg dia akn mngamuk kalau tdak dberi susu badan. Hati ibu mana tidak sedih kan.Sementelah pula,sy sudah berniat utk susukan dia sehingga 2 tahun wlaupun dselang seli dgn susu formula. Pelbagai cara dan tips diberikan ibu kanddung dan ibu mertua sy utk mnjauhkan Shalia dr menyusu badan. Tapi xde satu pon sy ikut sebab sy xsmpai hati...Wuuuuuu....

Kerana faktor kasihan sy mneruskan juga penyusuan badan pd Shalia. Tp dlm masa yg sm sy brasa kasihan jg pd ank di dalam kandungan. Tertanya saya apakah benar dia akan kekurangan nutrisi dsebabkn tpksa bkongsi susu dgn si kakak ni. Sy tawakal shj pd Allah.Smoga kedua2 ank sy sihat sempurna.Baik yg kat luar perut atau yg dalam perut ni…Hee.

Gambar hiasan.Teeeee..camni kot life aku nnti bila dh beranak 2.Theee..

Ketika menginjak usia kandungan sy 5 bulan. Semakin banyak pulak tekanan sy dapat supaya mnghentikan pnyusuan ke atas Shalia. Ramai yg tkejut melihat sy masih mnyusukan anak sulung sy itu ketika perut smakin besar. Sy tdak mmbiarkan tekanan ini mmpengaruhi sy lalu sy ajak suami ke hospital. Kami bjumpa sndiri dgn pakar sakit puan. Alhamdulillah,penerangan ringkas yg dberi oleh pakar sgt memuaskan dan mnggembirakan hati.Katanya tidak ada masalah sy nk susukan anak,asalkan badan sy sihat dan sy makan makanan bkhasiat,cukup untuk sy,Shalia dan adiknya.

Saya mls nk menulis panjang2 lg tentang apa yg dperkatakn oleh pakar bkenaan.Tapi kat blog ni telah merumuskan scara mendalam bkenaan golongan mana yg tdak dbenarkan mnyusukan anak ketika hamil, hukum menyusu anak ketika hamil di dalam islam,tips menyusu ketika hamil dan prkara2 yg perlu dielakkan ketika hamil.Boleh klik pd link ini BACALAH BEST!.Segalanya kemusykilan ank tjawab di blog ni.Heee..

Alhamdulillah kini usia kandungan sy mghampiri 7 bulan dan Dyan Nur Shalia pula sudah mncecah usia 1 tahun 2bulan. Sehingga kini sy masih menyusukan dia ketika berada di rumah. Sesekali mmg ada jg dserang sakit2 tulang dan badan namun sy banyakkan mnum air masak dan makan sayur2. Sesekali kalau rajin baru sy amik vitamin dan buah2 sbg makanan tambahan.

Sungguhlah indah detik2 ini.Bayangkan ketika sdg mnyusukan dia,tangan comel dia mmbelai2 perut kita. Kadang dicium nya perut sy bertubi2 seolah2 tahu ada adiknya di dalam sana.Hee..

Tidak lah dapat sy bayangkan bila adiknya sudah dilahirkan nanti.Tentu berebut2 nk menyusu namun sy dh brniat dalam hati utk susukan kedua2 duanya nanti. In Shaa Allah...



Monday 2 February 2015

Kebergantungan Hanya Kepada Allah.

Bismillahirahmanirahim..

Pernah x kita terfikir..btapa kejam sgt kita pada Allah. Saat dihimpit kesusahan,bala dan bencana,ketika itu baru kita cari Dia. Kita mengadu, merayu smoga dikeluarkan dari kesempitan dan kesusahan. Sedangkan saat berada dipuncak,di kelilingi kesenangan..kita seperti alpa dan terlupa untuk bersyukur. Kita jadi tidak sedar diri,segala kesenangan itu tidak hadir percuma.Ia perlu dibalas dgn rasa bterima kasih dgn sentiasa mengingati Allah.Tapi itulah,kerana kita bernama manusia, selalu sgt leka. Lalu Allah turunkan sedikit ujian dan cubaan. Supaya kita sedar dan kembali kepada Dia.
Sementara pintu taubat masih terbuka luas. Lihat, betapa kasihnya Dia kpd kita....

Tapi kita berterusan ingkar.
Hanyut dan terus hanyut. Kita menjahanamkan hidup kita dgn perbuatan2 yang tidak sepatutnya.Kita gunakan pemberian Allah ke jalan tidak benar.Gagal brsedekah dan tidak mnggunakn stiap nikmat yg Allah bagi untuk meningkatkn lagi keimanan dan ketakwaan kita kpd Dia. Kelekaan kita sudah sampai tahap kritikal,tapi Allah masih lg mmberi peluang dan mnyelamatkan kita. Dia akn sedarkan kita dgn pelbagai cara. Mungkin dgn menurunkan bencana dan bala. Saat itu usahlah bertanya lg mengapa kita diuji seteruk begitu dan begini.Sedarlah bahawa disebalik semua itu,tersembunyi hikmah yang cukup besar. Saat ini juga usahlah sekali2 bsangka buruk kpd Dia!


Menjadi kebiasaan,slps mendapat "pengajaran" dari Tuhan maha kaya. Kita cepat2 istigfar..cepat2 sejadah dihampar.Kita duduk dan berdoa.Solat itu dan solat ini mohon keampunan serta petunjuk dari Dia----untuk keluar dr sebarang kemelut yang melanda. Oh sebenarnya inilah yang Allah inginkan.HambaNya pulang ke jalanNya dan kembali mengingati Dia seperti dahulu.

Terduduk dan meratapi nasib malang yang telah ditimpakan Tuhan bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Semua itu hanya membuang masa dan airmata. Solusinya sudah dterangkan. Ambil wuduk, solat dan kembalilah ke jalan Allah S.W.T.



Serahkan kebergantungan kepada Allah.
Saat bersedih dan berduka, usahla lagi menghubungi sesiapa.Usah lagi mengadu kpd sesiapa.Tiada sesiapa lagi mungkin sudi mendengar,memahami sekaligus menyelesaikan kebuntuan kita kecuali Dia!

Sekali lagi,serahkan segala kebergantungan kpd Allah.


Saturday 31 January 2015

Kembali.



Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah,dh hampir 2 tahun aku xmncoret apa2 di sini.
Menjenguk pon tidak, apa lg nk menulis sebarang catatan.Meluat pula nk mmberitahu alasan kenapa..
Orang pon benci nak dgr kalau balik2..ckp xde masa..malas..xde mood..bz dgn anak..kerja..Huh!
Ayat tipikal.



See?Hari tu kata 2015 aku nk kembali berblog smula.Tp tengok la..bulan januari dh nk mlabuhkn tirai dh hari ni,baru tgerak nk update.Esok dh februari beb.Cepat betul masa, sedar2 esok nak masuk 2016 dh..sudahnya google telan skali lg blog aku.Telan xkembali mcm blog lama aku dlu yg ttiba ghaib dr bumi!

Terlalu lama meninggalkan laman blog ni,bberapa gadjet aku rupanya sudah meninggal dunia.Lagu pon sudah tak berfungsi,button share n like facebook jgk ghaib. Hahaha..Jadi bberapa hr ni aku meluangkan masa untuk mndapatkn smula benda2 alah tu.Jenuh beb! bayangkan aku hampir lupa mcm mn nk main dgn html coding tu.Satu psatu aku tanya pd kwn2 yg ada blog,tp malangnya dorg pon mcm aku.Dah xaktif dan lupa mcm mn nk edit2 blog ikot kita punya kepala dan idea..

Mujurlah aku ni rajin jgk.Aku google tutorial kt blog2 org.Syukur,slps bhempas pulas.Aku dpt balik gadjet2 yang aku nak bserta coding2 utk letak simbol fb dan lagu. Okay skrg aku masih dlm proses nk mncantikkan dan memantapkan blog aku semantap Keith Foo atau Brian Temulo.Wiwit..Alahai mendayu2 kn lagu Ella ni..Kalau korang serabut,boleh tekan button stop or pause kt widget lagu tu..di bawah sekali!

Aku sbenarnya sdg dlm proses mengeTest fungsi widget lagu aku nie.So aku main hentam je pilih lagu tadi.Esok2 kalau wdget ni dh kopem bfungsi dgn baik,aku akn tukar lagu lain yg lebih mmberi semangat...lagu ni mcm nk mmbunuh mood je.Pahal?????



Okay..aku dh pon buang header blog aku yg lama.Saje nk amik mood tahun baru,kenalah segalanya baru. Okay yg ada skrg ini header sementara sahaja.In Sha Allah aku sdg plan nk letak satu header yg lebih best tp tunggulah aku realisasikan dlu photoshoot aku dgn sorang abg photographer yg sgt2 aku kagum hasil kerja beliau ni.Tah bila aku ada ms nk jumpa dia.Hope dlm banyak keping pic dia amik nanti, adalah sekeping dua aku boleh buat header blog.Bg smgt sket utk aku masuk ke sini dan update itu ini.Hehehee...

Apapun,
tggu entry2 aku sterusnya. Ada banyak hal aku nk tulis beb. Sabo!