Saturday 17 December 2016

Selamat Hari Lahir Ma!

Pepagi mata dh berkaca. Eh nasib xde sapa kat ofis ni. Oh lupa hr sabtu.

Sebak pulak hati aku menatap pic2 ma dalam external pagi ni. Aku pilih satu psatu yg cun2 utk dimuatkan dlm entry aku bersempena hari lahir my super duper mom hari ni. Ya, 17 Disember 2016, ma genap 55tahun. Alhamdulillah. Ternyata umur sekadar angka..ma masih muda dan akan sentiasa muda dimata kami. Tidak pernah dimamah usia. Wajahnya amat menyejukkan hati. Penuh keibuan. Bila jauh begini, rindu xusah cakap. Lebih2 lagi masakan ma. Tak pernah xsedap. Air tangan ma. Masak apapun menjadikkkk..merecikkk!

Ma & Ayah..moga bahagia hingga syurga!

Pengalaman paling aku xboleh lupa bersama my mom adalah ketika aku melahirkan anak pertama, Dyan Nur Shalia di HPRZ, Kota Bharu, hampir 3 tahun lalu. Ma jadi bidan tanpa disangka di labour room. Masa tu suami aku keluar utk pergi solat jumaat dan ma masuk gantikan suami aku. Mulutnya tidak henti minta aku berzikir dan ketika bukaan sudah 10cm, ma bagaikan pom2 girl btempik mengalahkn doktor dan staf nurse di bilik itu. 

"Teran!"
"Ha teranlah..kuat sket. Dah buleh dh tu"
"Teran" Tempik ma. Haha.

Dan dgn sekali push, aku selamat melahirkan ank pertama. Ketika itu cun2 azan solat Jumaat berkumandang. Ma org pertama menatap wajah cucu sulung perempuannya (Sebelum ni cucu2 smua lelaki)
Kata ma, dh 11x dia melahirkan anak tapi ni kali pertama dia melihat proses kelahiran di depan mata secara live. Haha. Kelakar sgt bila ingt detik2 kami di labour room ketika itu.


Kenangan di Aidilfitri


Cucu perempuan pertama Tok Ma. Hehe..debab time ni..

Harapan aku smoga dapat menjadi isteri dan ibu yg kuat dan tabah seperti ma.
Seorang ibu yg telah mengandungkan 13 orang cahaya mata (3 meninggal swaktu bayi dan keguguran ketika masih dalam kandungan) . Seorang ibu yg begitu menekankan pndidikan dunia akhirat buat anak2. Biarpun kami hdup xmewah dan kaya, namun itu bukan alasan kami 10 beradik utk tidak bersekolah. Syukur 7 orang dr kami sudah berjaya melangkah ke Universiti dan ada yg menjawat jawatan sbg guru, doktor dan aku sdiri, berada di lapangan perniagaan dgn berkat doa ma.

Satu harapan ma pd anak2 perempuan, agar dapat melihat kami menyarung tudung labuh sepertinya. Haha. Ma ckup seronok kalau aku pinjam dan pakai tudung dia yg labuh tu. Rasanya dh 3 pasang tudung labuh dia berikan pd aku dgn harapan aku belajar pelan2 menutup aurat dgn lebih sempurna. Smoga impian ma terkabul satu hari nanti. Amin.

Aduh nk cerita psl ma, satu entry tidak mungkin mencukupi.Memadailah dunia tahu betapa ma insan penting buat kami 10 beradik. Tidak dapat aku membayangkn dunia ini tanpa insan bergelar ibu. 

Selamat hari lahir ma. Aku doa smoga Allah memberi kesihatan yang baik buat ma, memanjangkn umur orang yg melahirkan aku ke dunia ini serta memurahkan rzeki ma. Nak dikenang segala jasa dan pengorbanan, xmampu diluah dgn kata. Begitu besar! Seguni intan permata belum dapat membalas segala kemuliaan hati ma dalam membesarkan kami 10 beradik.

Ma,
no one can ever take your place in my heart. Huhu.. I love you forever and ever. No matter where I go or whom I meet, you will always be number one to me.Ingat tuuu...hehehe.


No comments:

Post a Comment