Saturday 31 December 2016

Seputar 2016..Selamat Datang 2017!

Beberapa jam je lagi kita akn melangkah ke Tahun baru 2017. So inilah entry terakhir aku untuk tahun ini. Huhu. Tetiap tahun pon asal nk masuk tahun baru mmg perasaan sedih tu xboleh nak elak. Sebab begitu banyak perkara kita lalui di sepanjang tahun2 sebelumnya, baik gembira ataupun duka.Segalanya kita akn tinggalkan, segalanya akn menjadi kenangan yg akan tsimpan rapi di kotak memori. Lebih mnyebabkan aku sebak bila ada beberapa perkara yg aku impikan berlaku pd tahun 2016, namun Allah belum izinkan lg ia terjadi. Takpe, aku bawa segala impian itu ke tahun hadapan yg bakal membuka tirainya sekejap lg. Moga2 pd 2017, smua cita2 jd nyata. Amin. :)

Boleh aku simpulkan tahun 2016 adalah tahun aku bersama syarikat aku DS Advertising. Hampir seluruh masa tertumpu pada DS. Bukan masa je, tetapi tenaga,usaha dan segala fokus banyak beralih kepada pd DS -- yg mengubah sedikit sebanyak rutin harian dan pola kehidupanku.

Usai selesai berpantang anak kedua pd Jun 2015, aku buat keputusan utk berhenti kerja dgn sebuah organisasi yg nampak gah tp sering bdepan dgn mslh gaji dan pengurusan yg tidak sistematik. Atas sebab2 tertentu aku rahsiakn nama tempat itu. Hampir 3 tahun aku di situ, hampir2 sudah mndapat taraf TETAP, namun aku memilih utk meninggalkan tempat munafik itu utk memberi fokus pd DS, yg seperti hilang kasih syg,hilang arah, dan hilang punca! Pendek kata hidup mati segan tak mahu! 

DS sudah 8 tahun. Ya, namun krn aku menganaktirikanya (membiarkan ia diuruskan oleh orang lain yg sbnrnya kurang bpengalaman ), musibahnya btimpa2 rugi datang. Hendak ditutup spenuhnya sayang, hendak dberi perhatian sepenuhnya, bermakna aku perlu mengorbankn kerjayaku.

Aku ikut kata hati. Aku percaya pd rzeki. Aku pejam mata, kuatkan semangat utk melepaskan jawatan di tempat gila itu. 

Terus terang, DS sudah tiada apa2. Andai aku ingin meneruskan juga, begitu banyak perkara aku perlu fikir, perlu berhadapan. Aku menangis. Bertanya Tuhan, betul ke keputusan aku? Aku xpandang ke belakang lg.

Di balik kejayaan seorang lelaki selalu ada perempuan yg hebat di belakangnya. Pernah dengar?
Begitula juga sebaliknya. Di sebalik kecekalan aku memilih jalan ini, ada seorang lelaki bernama suami yg sentiasa memberi sokongan moral dan modal. Ya,dialah juga yg menyumbang sedikit modal utk aku memulakan semula DSA dari kosong kembali. Begitu yakin dia betapa aku mampu menaikkan smula DSA. Aku menangis. Biarpun modal tidaklah sebesar mana, namun dgn duit itulah aku bjaya menyewa premis baru. Ya, semuanya harus bermula dr bawah semula! 

2017..semoga SALES terus gempak dan marak membara! kipidap!

September 2015, premis DSA dibuka semula dengan nafas baru dan semangat baru!
Suami tidak putus memberi tunjuk ajar. Oleh kerana dia juga punya tugasan lain maka banyak perkara aku harus hadapi sendiri.

Kadang2 aku menangis sorang2. Utk bulan2 pertama, tanpa staff, aku lah bos, akulah kuli, akulah cleaner, akulah segalanya. Aku lalui sendiri. Putus asa? Sudah tentu slalu rs gve up tapi wajah anak2 yg silih berganti buat aku terus kuat.

Kadang2 aku senyum sendiri. Puas aku fikir mcm mn aku boleh terjun ke bidang perniagaan. Dari kecil aku xsuka berniaga, xpandai dan menyampah bila dsuruh menjual apa2. Pernah wktu di sekolah rendah, Ma buat nasi lemak dan suruh aku jual di sekolah. Adalah dekat 10 bungkus. Aku xjual sebab malu! Serius nasi2 itu basi dalam beg. Marah betul ma masa itu dan selepas kejadian tu dia dh xbg aku jual pape lg. Buat rugi je.  Berbeza pula dgn kaklong, dia mmg pndai cari duit. Jual apa2 di sekolah mesti menjadi, pasti laku. Aku bayangkn bila besar nnti dia msti jd bsneswoman bjaya --tapi itu xberlaku. Tuhan letak dia di Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia dapat jawatan tetap di situ. 

Aku pulak yg xsuka berniaga Tuhan campak ke bidang ini. Sampai skrg aku xtau sebab apa. Kenapa bukan kak long je yg dapat smua ini. Hahaha. Setiap kali slepas solat, aku mesti termenung memikirkan perkara ini. Kerap aku bertanya Tuhan kenapa rzeki aku di dalam bidang yg aku cukup benci dan xsuka ini. Aku dgn matematik cukup bermusuh. Tapi kenapa aku kena tlibat dgn satu bidang yg setiap ms perlu mengira..perlu pening2 kepala tekan2 kalkulator, kira untung rugi. Apekajadah smua ini? Huh.

Soalan2 itu akhirnya tidak lagi mnyemakkan kepala hotak aku bila aku menemui jawapan dari Al Quran. Ya! sbnrnya Allah dh bg jawapan, dalam surah  Al-Baqarah : 216


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Aku pejam mata. Aku menangis. Ya, mgkin sgala yg berlaku ada hikmah namun setiap kebaikan dan hikmah itu belum lagi berlaku. Di hadapan sana siapa tahu, aku tetiba jadi Jutawan dgn jalan yang aku pernah benci ini.

Sejak itu, aku xfikir apa2 lagi. Aku xtoleh ke belakang lg. Yg ada dalam otak, hanya mahu melihat DSA naik smula. Bayangkan, pergi pagi balik malam. Pernah aku balik rumah jam 2,3 pagi. Badan penat sekali tp mental aku masih kuat. Aku xboleh mengalah. Dalam hal ini, aku cukup2 berterima kasih pd ibubapa mertua. Mereka lah yg tengok2 kan anak2 aku selama aku btungkus lumus memulihkan kembali keadaan DSA. 

Anak-anakku.. Kamulah Sumber Kekuatan!

Kadang2 aku sebak tgok wajah anak2--aku xbnyk sgt wktu bsama mereka. Aku harap mereka faham. Semua ini bukan main-main. Aku sedang berusaha utk ksenangan ms depan mreka juga. Pun begitu, tgjwb sbg ibu xpernah aku abai. Setiap keperluan anak2, aku cuba tunaikan. Sesekali aku dan suami tetap curi2 masa bawa mreka keluar. Syukur, Dyan Nur Shalia dan Ahmad Deedath Shidqie dari kecil xbanyak songeh. Senang skali menjaga mereka,permata dan penghibur hati kelas satu! Hehe..

Masuk tahun 2016, jentera DSA smakin laju, semakin kencang. Biarpun kepala slalu pening dan berpusing memikirkan cara utk menaikkan sales, tp pncapaian demi pncapaian yg diperolehi terutama dr segi keuntungan amat2 melegakan hati. Tiada istilah berehat sepanjang 2016. Aku benar2 tidak menipu bila aku kata aku nak tengok DSA jd pusat rekabentuk grafik dan pcetakkan milik org melayu yg gah! Aku harus bkerja dgn lebih kuat utk merealisasikan impian itu. Ia bukan sesuatu yg mudah, namun tidak pula mustahil!

Untung rugi dalam perniagaan perkara yg xboleh kita elak. Setiap ms aku belajar dan belajar. Sedikit demi sedikit aku dh boleh bezakan mana resit, mana invoice, mcmmna buka cek, mcm mn nk urus sgala mak nenek di ofis ni. Semua dgn tunjuk ajar suami. Serius, benda2 sekecil itu amatlah asing buat aku. Tapi nak tak nak, aku harus belajar utk memahirkan diri.

Terus terang pd awalnya perasaan sakit hati dan ptus asa sering datang dlm diri. Pernah sekali aku pulang ke rumah dan menangis tanpa henti di bilik air. Entah pd siapa aku nk becerita betapa ketika itu aku sdg melalui satu detik yg betul2 buat aku give up. Lama aku di bilik air, berharap bunyi2 air di bilik mandi akan menenggelamkan bunyi tangisan aku. Sedih sgt wktu itu.

Aku yakin xde sapa pon nk mndengar rintihan2 kecewa aku. Aku pon xrasa nk luahkn pd ssiapa lg. Cukuplah aku dh buat banyak org meluat. Sekarang org nk tengok aku bjaya, bukan menangis dan mengeluh xkira ms. Jadi pd Allah lah tempat aku mengadu. Pada Dia aku mendapat smula kekuatan yg hampir2 hilang dlu. :'(

Kesimpulanya, kalau mental n fizikal xkuat, toksahla kau berangan nk running apa2 business pun! Buang ms dan duit! Mmg berniaga boleh buat kau kaya, jd jutawan tp kau ingt Dato vida dan Dato Alif syukri tu kaya terus lepas 2,3tahun berniaga? Mimpilah kau!
Nak menempa kejayaan dlm perniagaan bukan ssuatu yg mudah. Di sini kau akn bermain dgn begelen2 airmata, peluh dan keringat! Huhu..

Syukur, walaupun pd ketika itu aku spt tiada ssiapa utk mengadu, tetapi anak2 yg masih kecil terutama Dyan Nur Shalia seolah2 faham beban yg sdg ibunya ini tanggung. Bila melihat aku murung, dia pasti datang dekat dan bertanya "mamie ok?"Soalan nya tampak ringkas namun betul2 menyentuh hati. Aku segera memeluknya . Terus segala masalah2 dalam kepala hilang. Demikianlah Allah kurniakan aku anak2 yg hebat! Yg selalu ada utk aku disaat2 aku lelah utk bernafas. :'(

Walaupun sepanjang tahun 2016 ini, DSA masih mrangkak2 lg namun aku boleh menarik nafas lega sebab sekurang-kurangnya aku bjaya SURVIVE utk tahun2 pertama. Bagi aku ini sesuatu yg harus aku kagumi. Kenapa? Sebab xramai peniaga mampu bertahan utk tahun2 pertama dgn modal yg kecil. Ramai yg bungkus dan gulung tikar krn bberapa masalah. Kejayaan mengharungi tahun pertama dan kedua ini buat aku semakin percaya, DSA boleh terbang lebih jauh!

Oh!2017.
Smoga di tahun ini dan tahun2 seterusnya Allah aturkan yg lebih baik dan stabil buat kehidupanku, keluarga, kerjaya dan perniagaan. Amin.

Apa perancangan dan harapan menjelang 2017? Okay, dah xde org nk temuramah aku, maka aku sdiri yg betanya dan aku sdiri yg menjawab.

KEWANGAN?

Spt org2 lain, aku mnhrpkn hdup aku dimasa2 hadapan lebih stabil terutamanya dr sudut ekonomi. Aku mengimpikan kehidupan yang tenang, bebas hutang. Ya, sedang berusaha melunaskan hutang2 yg ada dan membelenggu hdup xkira hutang dgn bank, PTPTN, dgn adik bradik. Smoga impian yg satu ni termakbul pd 2017. Bawa keluarga pergi bercuti juga mnjadi angan2 yg xpernah padam. Tempat paling aku nk pergi tentunya Korea dan Dubai. Apapun  dpt bw keluarga menikmati keindahan Koh Lipe dan Kundasang pon dh memadai bt masa skrg. In Sha Allah. Mungkin tahun dpn.

KELUARGA?

Syukur bahagian aku dlm melayari kehidupan berkeluarga sgt hebat. Allah kurniakan aku ibubapa dan adik bradik yg hebat. Suami yg hebat. Mertua yg hebat. Anak2 yg hebat. Smua hebat2. Merekalah tulang belakang aku ketika ini. Smoga kami semua terus dpanjangkn umur, diberikan kesihatan yg baik serta rzeki yg melimpah ruah utk terus berkasih sayang tanpa sempadan dan membentuk ikatan kekeluargaan yg lebih hebat dan matap Amin!

CINTA?

Walaupun ank dh nak masuk 3 tapi kami suami isteri masih bercinta spt dulu2. Sedikitpun xpernah berubah kasih syg suami bt diri ini. Bahkan semakin menjadi2. Ewah. Hahaha. Buktinya, walaupun sdg btungkus lumus dan bepenat lelah menguruskan DSA dan dua org anak kami yg sedang mmbuas, aku masih ada kekuatan utk mengandung sekali lg. Wakaka. Ini kelaka. Sebab suami ringan tulang. Minta tlg apa2 xpernah berkata TIDAK. Dia bkn takut bini, tp syg bini sgt2. Haha. Mcm ni branak stahun skali pon xdehal der. Kah! Ya Allah smoga cinta kami smpai Jannah. Smoga suamiku terus istiqomah mnjadi suami yg terbaik dan daddy yg hebat buat anak2 kami. Amin!

PERSAHABATAN?

Hmm.Org nampak aku spt ramai kawan. Org nampak aku sering begelak sakan melayani kwn2 baik di fb @ di instagram. Hanya setakat itulah. Jujur, slps berkahwin dan ikut suami menetap di Kedah. Aku telah hilang ramai kwn2. Bertemu setakat di muka buku bak kata Najwa Latif. Di fb, org yg sering begelak ketawa dgn kau, bukan bmakna dia tahu smua tentang kau. Sng kata bkn sahabat karib kau. Setakat nk belawak tah hape2 boleh la. Dan lebih sakit, yg bergelak - gelak dgn kau itu, belum tentu sebenarnya suka kau. 

Serius, aku tahu ada yg sakit hati, meluat dan mnyampah dgn post2 aku. Aku memilih utk mnjadi diri sediri. Jadi aku mbiarkan mereka2 itu melayani hati kotor mereka sdiri. Kalau mereka faham erti PINJAMAN TUHAN. Pasti mereka xkan sdikit pon ada rs cmburu dan iri dgn kehidupan aku. Apa yg aku dpt smua pnjaman Allah, bila2 ms Dia boleh ambil smula.Hmm..belum kaya org dh sakit hati, kalau kaya entah mcm mn dia punya rs dengki. Aku ckup takut dgn org2 begini tp memilih utk terus berkawan tetapi dgn berpada2. Aku jenis xsuka nk ptuskn hbgn sesama manusia dgn xtentu hala.

Apapun xsmua org negatif. Smoga one day aku boleh ada kwn baik smula. Seronok jgk sbnrnya ada sahabat2 yg sentiasa positif dgn kita, sambil melayan kepala gila dorg juga boleh mnjadi pendengar setia. Sesekali aku tringin juga nk lepak2 dgn kwn2 baik di kedai2 mamak, smbil bgelak2. Haha. Nak gelak je keje.

KERJAYA?

Dah tentu aku nk mantapkan lagi company aku. In Shaa Allah xlama lg DS akn dinaik taraf mnjadi syarikat Sendirian Berhad. Dibarisi staf2 yg handal dan mantap. Smoga 2017 adalah tahun yg memberi 1001 keberkatan dan keuntungan buat DS! Amin.

Dirgahayu DSA!



SELAMAT DATANG 2017!


No comments:

Post a Comment