Tuesday 6 December 2016

Rezeki Yang Tiada Galang Ganti.

Bismillahirahmanirahim..

Hari ni hari yg agak excited buat aku dan suami. Hehe..
Pagi2 kami dh bangun utk daftarkan dua permata hati kami Dyan Nur Shalia dan adiknya
si comel dlm perut.
Haha.

Register Kakak dan bakal adiknya..

Si Kakak kami daftar masuk play school di Little Calliph xjauh dr opis aku di Laguna Merbok. Adiknya yg bakal melihat dunia tahun depan pula kami "daftarkan" kat Klinik Ibu Anak Sg Lalang, xjauh dr kawasan perumahan kami. Dalam kata lain, bukak buku merah. Gitu. Mentang2 anak ketiga, main bedal je nk buat buku bila pon. Nasib nurse cool dan baik2. Walaupun agak lewat aku dtg buat buku merah, tp dorang xbebel2 sgt. Sebab aku awal2 dh pegi scan di Private Clinic. So xbnyk le keje dorg. Smua details dh ade kt hasil scan tu. Dorg tinggal salin je sgala butiran scan tu ke buku merah.Hehe..baby okay. Alhamdulillah.Walaupun ini anak ketiga tp perasaan gementar, excited masih bcampur2.

Dapat juga kakak merasa suasana persekolahan. Alhamdulillah!

Bercerita psl kakak masuk taska.
Sebenarnya aku dan suami bfikir panjang sm ada nk hantar dia ke Little Calliph ke tak sebab dia masih kecil. Januari tahun dpn dia baru genap 3 tahun. Tapi melihatkan kepetahan dia bcakap (melawan aku) dan asyik ckp kakak nk p kullah (sekolah), kami laki bini pon sepakat la hantar dia ke Play School. Jujur, Allah je tahu perasaan aku nk lepaskan dia ke Taska. Bayangkan asyik dgr cerita2 x elok tentang Taska. Tapi kami suami isteri harus positif dan doa yg baik2 sahaja. Kalau difikirkan sgt psl trauma dan takut, smpai bila2 lah Dyan Nur Shalia xmasuk sekolah.

Lagipun Little Calliph antara taska yg terbaik (hasil google dan btanya kwn2). Cawangan pon dh serata negara. Dibarisi pula guru2 bertauliah dan terlatih. Lagipun utk kanak2 seawal 3tahun, hanya 10 orang je mereka ambil. Mmg ramai yg tekejut bila aku kata nk hantar dia ke school, mebi sebab orang xtau ni hanyalah Play School, bukan Pre School. Dia mcm kita hantar ank kepada pengasuh juga cuma di Little Calliph, anak2 kita ada kwn2, ada uniform khas dan ada ckgu2 bertauliah utk mengajar dan memantau aktiviti dorang.

Ni tempat "pendaftaran" si kecil dalam perut. Haha.

Sebagai ibu, aku mgharapkan dan mdoakan yg terbaik utk kakak. Kepetahan bckp ketika umur baru 2 tahun mnjadi kelebihan utk dia mndapatkn ilmu dan pndedahan awl dunia psekolahan. Kalau dia masih gagap bckp dan belum begitu cerdik utk mmberitahu ckgu dia nk berak atau kencing, rasanya aku xmgkin anta dia ke Taska seawal ini.

Sorang lagi?
Haha..oh ye.. Ahmad Deedath baru setahun 4 bulan. Jadi tidak didaftarkan ke mana2 skolah or Taska lg sebab atuk dia mmg xkan bg. Pasti dia brasa sgt2 sunyi dan boring bila kakak dh stat skolah next year. Hehe. Tinggallah dia dgn atuk dan tokwan je nanti. Kesian. Haha.

Apapun aku bterima kasih sgt2 pd Tuhan krn mempermudahkan sgala urusan utk hari ini. Syukur ke hadrat Allah. Setel pndaftaran dua org anak.

Alhamdulillah! Semoga 2017 menjanjikan lebih kebahagiaan, kerezekian dan keberkatan dalam hidup. Amin.




No comments:

Post a Comment