Monday, 23 March 2015

Menyusu Anak Ketika Hamil.Fiuuuuuu..

Masa saya disahkan mengandung ank second ni..Dyan nur shalia baru menginjak usia 8 bulan.Masa tu mmg dia dh minum susu botol sbb sy bkerja di siang hr dan malas nk pam2.Tp malam mmg dia menyusu badan spenuhnya wktu itu. Hati mnjadi sedikit gusar sm ada sy boleh meneruskan penyusuan susu badan ini ketika sdg mngandung. Lebih mnyedihkan ramai bpendapat sy perlu mnghentikan serta merta mnyusukan Shalia krn bberapa faktor yg sy xpasti betul ke tidak faktanya. 

Ada doktor kt blog mmberitahu penyusuan badan mmg boleh mngecutkan rahim,sterusnya mmbahayakan kandungan.Ada yg kata susu sy skrg bkn lg susu yg bkhasiat sbb dpengaruhi hormon apa tah..ada yg kata susu badan sy kini adalah susu utk anak kandungan dan xssuai lg dminum oleh kakaknya.Dan pelbagai lg kemudaratan lain yg sy jumpa tentang bahaya menyusu ank ketika sdg hamil,baik dr blog2 yg sy google,atau dr mulut org tua yg bpengalaman.Ibu kandung dan mertua sy juga xbegitu bstuju melihat sy terus mnyusukan Shalia.Itu belum melibatkan nurse2 di klinik krajaan lg.Dorg awl2 dh warning sy supaya mghentikan pnyusuan bdn pd ank sulung scara perlahan2.


Kakak Kawasan.Dh minum sebotol tetap jugak cari "kawan baik" dia..heeee!

Dh besar pon anaknda ku..bakal kaklong.



Hati sy sedih.
Bg sy Shalia masih terlalu kecil.Walaupun dia sudah tidak menyusu badan scara ekslusif,namun susu badan seakan menjadi sesuatu yg wajib bg dia pd waktu malam.Kalau sy ada drumah,mmg dia akn mngamuk kalau tdak dberi susu badan. Hati ibu mana tidak sedih kan.Sementelah pula,sy sudah berniat utk susukan dia sehingga 2 tahun wlaupun dselang seli dgn susu formula. Pelbagai cara dan tips diberikan ibu kanddung dan ibu mertua sy utk mnjauhkan Shalia dr menyusu badan. Tapi xde satu pon sy ikut sebab sy xsmpai hati...Wuuuuuu....

Kerana faktor kasihan sy mneruskan juga penyusuan badan pd Shalia. Tp dlm masa yg sm sy brasa kasihan jg pd ank di dalam kandungan. Tertanya saya apakah benar dia akan kekurangan nutrisi dsebabkn tpksa bkongsi susu dgn si kakak ni. Sy tawakal shj pd Allah.Smoga kedua2 ank sy sihat sempurna.Baik yg kat luar perut atau yg dalam perut ni…Hee.

Gambar hiasan.Teeeee..camni kot life aku nnti bila dh beranak 2.Theee..

Ketika menginjak usia kandungan sy 5 bulan. Semakin banyak pulak tekanan sy dapat supaya mnghentikan pnyusuan ke atas Shalia. Ramai yg tkejut melihat sy masih mnyusukan anak sulung sy itu ketika perut smakin besar. Sy tdak mmbiarkan tekanan ini mmpengaruhi sy lalu sy ajak suami ke hospital. Kami bjumpa sndiri dgn pakar sakit puan. Alhamdulillah,penerangan ringkas yg dberi oleh pakar sgt memuaskan dan mnggembirakan hati.Katanya tidak ada masalah sy nk susukan anak,asalkan badan sy sihat dan sy makan makanan bkhasiat,cukup untuk sy,Shalia dan adiknya.

Saya mls nk menulis panjang2 lg tentang apa yg dperkatakn oleh pakar bkenaan.Tapi kat blog ni telah merumuskan scara mendalam bkenaan golongan mana yg tdak dbenarkan mnyusukan anak ketika hamil, hukum menyusu anak ketika hamil di dalam islam,tips menyusu ketika hamil dan prkara2 yg perlu dielakkan ketika hamil.Boleh klik pd link ini BACALAH BEST!.Segalanya kemusykilan ank tjawab di blog ni.Heee..

Alhamdulillah kini usia kandungan sy mghampiri 7 bulan dan Dyan Nur Shalia pula sudah mncecah usia 1 tahun 2bulan. Sehingga kini sy masih menyusukan dia ketika berada di rumah. Sesekali mmg ada jg dserang sakit2 tulang dan badan namun sy banyakkan mnum air masak dan makan sayur2. Sesekali kalau rajin baru sy amik vitamin dan buah2 sbg makanan tambahan.

Sungguhlah indah detik2 ini.Bayangkan ketika sdg mnyusukan dia,tangan comel dia mmbelai2 perut kita. Kadang dicium nya perut sy bertubi2 seolah2 tahu ada adiknya di dalam sana.Hee..

Tidak lah dapat sy bayangkan bila adiknya sudah dilahirkan nanti.Tentu berebut2 nk menyusu namun sy dh brniat dalam hati utk susukan kedua2 duanya nanti. In Shaa Allah...



Monday, 2 February 2015

Kebergantungan Hanya Kepada Allah.

Bismillahirahmanirahim..

Pernah x kita terfikir..btapa kejam sgt kita pada Allah. Saat dihimpit kesusahan,bala dan bencana,ketika itu baru kita cari Dia. Kita mengadu, merayu smoga dikeluarkan dari kesempitan dan kesusahan. Sedangkan saat berada dipuncak,di kelilingi kesenangan..kita seperti alpa dan terlupa untuk bersyukur. Kita jadi tidak sedar diri,segala kesenangan itu tidak hadir percuma.Ia perlu dibalas dgn rasa bterima kasih dgn sentiasa mengingati Allah.Tapi itulah,kerana kita bernama manusia, selalu sgt leka. Lalu Allah turunkan sedikit ujian dan cubaan. Supaya kita sedar dan kembali kepada Dia.
Sementara pintu taubat masih terbuka luas. Lihat, betapa kasihnya Dia kpd kita....

Tapi kita berterusan ingkar.
Hanyut dan terus hanyut. Kita menjahanamkan hidup kita dgn perbuatan2 yang tidak sepatutnya.Kita gunakan pemberian Allah ke jalan tidak benar.Gagal brsedekah dan tidak mnggunakn stiap nikmat yg Allah bagi untuk meningkatkn lagi keimanan dan ketakwaan kita kpd Dia. Kelekaan kita sudah sampai tahap kritikal,tapi Allah masih lg mmberi peluang dan mnyelamatkan kita. Dia akn sedarkan kita dgn pelbagai cara. Mungkin dgn menurunkan bencana dan bala. Saat itu usahlah bertanya lg mengapa kita diuji seteruk begitu dan begini.Sedarlah bahawa disebalik semua itu,tersembunyi hikmah yang cukup besar. Saat ini juga usahlah sekali2 bsangka buruk kpd Dia!


Menjadi kebiasaan,slps mendapat "pengajaran" dari Tuhan maha kaya. Kita cepat2 istigfar..cepat2 sejadah dihampar.Kita duduk dan berdoa.Solat itu dan solat ini mohon keampunan serta petunjuk dari Dia----untuk keluar dr sebarang kemelut yang melanda. Oh sebenarnya inilah yang Allah inginkan.HambaNya pulang ke jalanNya dan kembali mengingati Dia seperti dahulu.

Terduduk dan meratapi nasib malang yang telah ditimpakan Tuhan bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Semua itu hanya membuang masa dan airmata. Solusinya sudah dterangkan. Ambil wuduk, solat dan kembalilah ke jalan Allah S.W.T.



Serahkan kebergantungan kepada Allah.
Saat bersedih dan berduka, usahla lagi menghubungi sesiapa.Usah lagi mengadu kpd sesiapa.Tiada sesiapa lagi mungkin sudi mendengar,memahami sekaligus menyelesaikan kebuntuan kita kecuali Dia!

Sekali lagi,serahkan segala kebergantungan kpd Allah.


Saturday, 31 January 2015

Kembali.



Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah,dh hampir 2 tahun aku xmncoret apa2 di sini.
Menjenguk pon tidak, apa lg nk menulis sebarang catatan.Meluat pula nk mmberitahu alasan kenapa..
Orang pon benci nak dgr kalau balik2..ckp xde masa..malas..xde mood..bz dgn anak..kerja..Huh!
Ayat tipikal.



See?Hari tu kata 2015 aku nk kembali berblog smula.Tp tengok la..bulan januari dh nk mlabuhkn tirai dh hari ni,baru tgerak nk update.Esok dh februari beb.Cepat betul masa, sedar2 esok nak masuk 2016 dh..sudahnya google telan skali lg blog aku.Telan xkembali mcm blog lama aku dlu yg ttiba ghaib dr bumi!

Terlalu lama meninggalkan laman blog ni,bberapa gadjet aku rupanya sudah meninggal dunia.Lagu pon sudah tak berfungsi,button share n like facebook jgk ghaib. Hahaha..Jadi bberapa hr ni aku meluangkan masa untuk mndapatkn smula benda2 alah tu.Jenuh beb! bayangkan aku hampir lupa mcm mn nk main dgn html coding tu.Satu psatu aku tanya pd kwn2 yg ada blog,tp malangnya dorg pon mcm aku.Dah xaktif dan lupa mcm mn nk edit2 blog ikot kita punya kepala dan idea..

Mujurlah aku ni rajin jgk.Aku google tutorial kt blog2 org.Syukur,slps bhempas pulas.Aku dpt balik gadjet2 yang aku nak bserta coding2 utk letak simbol fb dan lagu. Okay skrg aku masih dlm proses nk mncantikkan dan memantapkan blog aku semantap Keith Foo atau Brian Temulo.Wiwit..Alahai mendayu2 kn lagu Ella ni..Kalau korang serabut,boleh tekan button stop or pause kt widget lagu tu..di bawah sekali!

Aku sbenarnya sdg dlm proses mengeTest fungsi widget lagu aku nie.So aku main hentam je pilih lagu tadi.Esok2 kalau wdget ni dh kopem bfungsi dgn baik,aku akn tukar lagu lain yg lebih mmberi semangat...lagu ni mcm nk mmbunuh mood je.Pahal?????



Okay..aku dh pon buang header blog aku yg lama.Saje nk amik mood tahun baru,kenalah segalanya baru. Okay yg ada skrg ini header sementara sahaja.In Sha Allah aku sdg plan nk letak satu header yg lebih best tp tunggulah aku realisasikan dlu photoshoot aku dgn sorang abg photographer yg sgt2 aku kagum hasil kerja beliau ni.Tah bila aku ada ms nk jumpa dia.Hope dlm banyak keping pic dia amik nanti, adalah sekeping dua aku boleh buat header blog.Bg smgt sket utk aku masuk ke sini dan update itu ini.Hehehee...

Apapun,
tggu entry2 aku sterusnya. Ada banyak hal aku nk tulis beb. Sabo!

Saturday, 9 March 2013

Permata hati - Gong Chan + Yoo Rin


Entah hantu apa yg merasuk aku..
aku pon xtau.Tetau je 2 ekor hamster dah ada depan mata!
Haha!
Semua org tau aku bkn penggemar binatang peliharaan.
Jenis yg geli pd mnatang2 bebulu mcm kucing,tkus dll..Tp 2 lah manusia boleh berubah sekelip mata.
Dari tak suka boleh pula terjatuh cinta..

Ceritanya bulan lepas aku pergi rumah makcik kpd suami aku---Orgnya gila haiwan ternakan!
Rumahnya dh mcm zoo.Kiri kanan kucing2 berlari girang.Arnab juga banyak dlm reban.Tp bukan itu yg mnambat hati aku.Dlm satu bekas kecil,aku trpandang sekor hamster bbulu cantik.Sgt comel.Tak sangka pula aku berani pegang.Org lain smua geli nk amik dia,aku plak bleh belai2 si hamster milik ibu sedara suami itu.

Dari situlah aku terlintas nak mmbela hamster.
Aku rasa aku boleh jaga, aku rasa aku xkan geli pegang dia --- insyaallah.
Pada suami aku meminta dbelikan hamster.Hadiah hari jadi.Hehe.
Dia setuju.Tak lama selepas itu dia betul2 bawa aku ke sebuah kedai jual pets.haha.
Kelakar juga sbb ibubapa mertua aku pon ikot sama waktu tu.

Sportingya mak mertua pon join ke kedai pet ni.Hehe...
Disinilah kami membeli Gong Chan dan Yoo rin.Kedai baru dbuka.

Pilih punya pilih,seekor hamster spesis robinsky mnarik hati.RM12 seekor.
Lebih kecil dr makcik suami aku punya.Lebih cute.Jantan dia.
Aku taruk nama Gong Chan.(hero My Girl) 
Kah!Kah!Kah!

::Ini Gong Chan::
Gong Chan.Comel kan?????!!hahhaa..
Awak masuk blog tau hari ni.Wt muke comel sket!
Makanan Berkhasiat!
Shampoo + vitamin yg dicampur dalam mnuman.
Dah jumpa binatang,aku beli pula kelengkapan.
Dari bekas tempat tinggal hingga makanan + vitamin + shampoo.
smua aku beli sekali harung----Puas hati rasa!Lagaknya aku mcm masuk kedai kelengkapan bayi pula!
Suami turutkan sahaja.
Mama dan abah tsenyum cuma.
Menantu gila.Harap dia faham.Hahahaha..

Selepas mmbawa Gong chan pulang ke rumah
kami merasakan dia perlukan kawan utk bermesra dan ehem2..
dapatlah jugak aku cucu..wakaka..
Lalu aku dan suami bt keputusan beli seekor lagi.Pergilah kami ke kedai yg sama
slps beberapa minggu.

Spesis gongchan xde betina.Yg tinggal hanya jantan.Hampa.
Mana boleh buat anak jantan sama jantang.Kah3.
Lalu tokey kedai cadangkan beli spesi pearl white.Ada betina katanya.
Tp kami risau pebezaan spesis akn mjadikan mreka musuh pula.
Sama spesis pon bolehh gaduhh maa!---kata tokey 2 lagi.
Jadi aku dan suami beli je sekor hamster putih.Comel skali.Tp tidaklah secomel gong chan.
Bulunya putih.Mata bulat hitam!
Harap dpt menjadi teman gong chan.Harap dpt membiak scpt mgkin.
Harap!

saya malu ok..janganlah amik gmbar sy lagi!
kecikkan saya.hehe...
ishh diam2..org nk snap gmbr tu!
Masa tido.Jangan kacau lagi.
Krohhhhhh!krohhhhh!!!!!Hamster jenis ni tdo belah  siang.Malam bjaga!

Tapi lain pula jadinya.
Slps dbawa pulang dan tinggal sebumbum dgn gong chan.Ternyata mreka tidak
serasi bersama.Lebih kelakar.Si putih yg aku namakan Yoo Rin,tampak jinak tp ganas.
Stiap hari membuli Gong chan yg slalu ketakutan.Jantan apelah mcm tu kn..pengecut.

One day suami aku perasan,
Gong chan cedera teruk pada mata.Hatiku hiba melihat darah pd mata kirnya.
Sedih + Pilu.Airmata menitis.Sakitnya!
Nyata mereka tidak sesuai bsama lagi.Lalu kami nekad utk asingkn tempat tinggal mereka.
Gong chan kembali ceria.Yoo rin juga.

::Ini Yoo Rin::
Pe tengok2????
:)
Si putih yang jinak!
Sape lagi comel?sy ke gong chan??
saya ganas ok..tak suka "lelaki"
Yoo rin yang jinak tp suka buli gong chan.
Nama sy Yoo rin!
Haii everybodyyyyyy!!!

Begitula serba sket citer psl hamster2 aku ni.
Terima kasih pd suami sbb mlayan permintaan isterimu ini.hehe.
Lebih best suami juga --- walopon geli nk pegang makhluk kecik2 ni --- tetap rajin juga
mlayan gong chan dan yoo rin.
Cara dia mnjaga mngalahkn aku pula caringnya.Kih3..


Sunday, 3 February 2013

Gambar Pre Wedding : Boleh ke der??

Ada member msg tanya sy boleh ke bgmbr pre-wedding..Ceh.Dia ingt aku ustaz azhar idrus apa.Hakhak.Tp 2 lah.Lps sy post gmbr ala2 pre-wedd sy bbrapa bulan sblm nikah itu hari.Mmg ada lah kwn2 btanya perihal hukum bgmbr sblm kawen ato dsebut org putih kuning dan org biru sbg pre-wedding photography.

Haih.
Apa sbnrnya yg dmaksdkn dgn pic pre wedding ni?apa?karipap panas ke?ke kuaci?
adoh.Sy sbnrnya xtau budaya pre wedding ni mai dr negara mana.Mgkin brasal budaya mat salleh.
Konon2 dh nak kawen n dh nk tuka status dr bujang ke bdua,maka perlu bgambar dgn pasangan sbg kenangan terakhir sbg anak gadis/teruna.Konon.



Simple2 sudah laa..haha.
Org kita pon celup la style itu.Tmasuk sy.Hehehe.
Tp apa yg xbest.Bila cara org kafir bgmbr pon org islam celup skali.
Mksud sy,mat salleh peluk2 bagai..cium2..n wt pose yg xwajar dpelakukan sblm kawen..turut dtiru bulat2 oleh umat islam.Org kafir 2 lantak pi lah.Dorg tau apa psl hukum hakam islam.Huhu.Sy malas nk bg contoh gmbr2 pre wedding yg bg sy keterlaluan.Korg google la sdiri.Rasanya blambak yg posing mngalahkn org dh menikah.Hmm.Mereka nilah sbnrnya yg mengotorkan pre wedding.Padahal kalau jg aurat dan batas2 pgaulan,xmungkin ada org melarang.


Kenangan Terakhir kami sbg bujang lapok.Haha.
Alhamdulillah la,pic pre wedding sy masih lagi sopan.Takde pegang2.Cium2.Tiada bersentuhan atau jauh skali bpelukan.Saya masih waras.Ketika mmbuat keputusan nk buat pic pre wedd ni sy dh bbincang dgn psngn.Kami mahukan gambar yg sopan dan tidak keterlaluan.Kami anggap ini gmbr biasa-di ambil hanya utk suka2 bukan utk menunjuk2 jauh skali mengaibkn diri dan kluarga.Kami tahu,status tunang yg kami pegang ketika itu tidak mghalalkn apa2.Tidak sama sekali.No kompromi.:)

Sesambil tu layan entry ni boleh laa tengok2 bbrapa lagi gmbr2 pre wedding sy ni.Bukan nk bajet alim tp skadar memenuhi syarat dlm islam.Tidak mahu dilihat keterlaluan,tidak sopan dan spt cb halalkn pkara haram!Kalau anda2 smua dpt bgmbr simple mcm ni dh okay kut.:)


kalau ini dkatogorikan sbg islamic pre wedding.Boleh laa click sini utk tengok sample. :P
--->>SAVE THE DATE-Dahlia + Shahidi
Jadi sy mohon pada kawan2 yg bcadang nk wt pre wedding photograpy ni supaya mnjaga aurat,jaga tatatertib waktu bgmbr dgn pasangan.Bersederhana sudahlah.Tak perlu over cm org dh bernikah.Kalau dh mcm 2 bkn lagi pra wedding tp dh jd post wedding dh!Kang xpepasal kena kutuk cm gmbo Liyana Jasmay 2..bukan kita je.Tp dgn keluarga turut aib.

Memang kadang2 org ni ikot kehendak photographer je yg gemar mngarah itu dan ini.Kebanyakkan photographer hr ni mmg ikot sedap je amik gmbr dan kurang peka pd halal haram.Asal gmbr mreka nmpak cantik,maka mcm2 idea/adegan kurang sopan terhasil dari lens mreka.Hmm,bila kedua2 jahil maka lahirlah foto2 yg begitu jauh tpesong dr agama.Tp pilihan ditangan kita ok!Kita bayar mereka dan kita berhak berkata TAK NAK! skiranya dminta/dpaksa jurugambr utk bgmbr mlampaui batas!

Kalau kita rasa xmampu nk turut smua syarat2 2..maka elok JANGAN BUAT TERUS!
Itu lebih selamat.Selamat dr umpat keji.Sy kira gambar yg diambil dgn sopan dimana kedua2 pasangan memakai pakaian menutup aurat,bgambar tanpa bsentuhan,bpelukan atau bercium2 spt berlaku pd kebanyakan gmbr pre wedding umat islam hr ni-adalah masih boleh dterima dan dipertimbangkan.Hmm sblm sy menulis sehingga 2ribu page.Elok sy stop kat cni jer.Kalau nk bc lagi.Sila ikoti plak nukilan brader ni psl pre wedding ok!Just click sini Isu pre-wedding masa kini.

P/S : Pada yang tertanya2 sape photographer sy utk pic2 pre wedding ni.Boleh ke fb beliau terus ya.Click sini Mohamad Husaini Photography.Boleh deal harga dgn beliau.:)

Riview cikai - Filem Hansel & Gretel

Smoga cepat sembuh dear.
Smlm layan midnite movie dgn hubby kat amanjaya mall,sungai petani.Mulanya plan nk layan Juvana yg skg tgh meletup2 kat pawagam tp last minet kami tuka plan.Hubby mmg suke layan omputih so sy pon ikotkan je pemintaan beliau yg nk sgt layan filem holywood Hensel & Gretel.Maklumlah org baru pulih dr demam.So nk dia relaks2 je slps bberapa hr monyok je sbb dmam.

Di pawagam sekarang!
first tyme laa ni tayang suami kat blog.ahaksss..
Sejujurnya sy ni xbegitu menggemari sgt filem2 bkonsepkan fairy n tale ni.Tp bila dh terlayan mmg mcm org kene pukau.Tak bganjak dr tempat duduk smbil mulut duk mngunyah pop corn tanpa henti.Hehe.Begitulah hebatnya flem2 mat saleh ni.Dorg punya scene yg mnggunakn teknologi2 animasi bkomputer mmg mnampakkn filem2 fantasi mreka mnjadi sgt2 real n dasat mngalahkn realiti pula.haha!

enjoy midnite movie..auuummm..
Banyak scene dlm filem Hensel n Gretel ni mengingatkn sy pd filem2 Hary potter terutama babak2 ahli sihir dgn pnyapu serta babak magic2 dia yg lain.Filem ni mngisahkn dua bradik : Hensel n adik pempuan dia Gretel yg mmbesar tanpa ibu dan ayah.Parents dorg mati dbunuh pduduk kampung krn fitnah seorg ahli sihir yg kejam.Kdua2 bradik ini akhirnya mnjadi pemburu ahli sihir dan terkenal krn telah mmbunuh bpuluh2 ahli sihir sehinggalah ke ending cerita-Mereka bjaya bunuh ahli sihir yg mnyebabkn ibubapa dorg terkorban.Disinilah satu psatu kisah silam mreka bjaya dbongkar.

Popcorn kat Amanjaya tdak sesedap Village Mall..Timkaiya??timkaiya??

Berbaloi laa abis doploh hingget.:)
Secara kseluruhan filem ni agak menarik.(sy xngantuk spjg mnonton itu antara ptanda flem 2 mnarik).Wlaupun banyak babak dlm filem ni sudah biasa kita tonton dlm flem2 khayalan lain tp ada juga part lain dr yg lain bila watak monster bnama Edward dselitkn dlm flem ini.Dia yg pada awlnya mnjadi pmbantu kpd geng2 ahli sihir akhirnya mnjadi kwn kpd Hensel dan Gretel.Sy begitu tertarik pd watak Edward.

Apapun xrugi la kalo beli tiket wayang utk tgk citer horror/fantasy ni ok.Berbaloi.
/ Untuk filem ini :)


Monday, 21 January 2013

Hafiz Hamidun + Zikir Terapi Diri

Marilah terapikan diri.Smoga btambah dekat pd Allah :)


Mcm ketinggalan zaman plak.Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun ni dh bkurun kat pasaran..siap mndapat penjualan melebihi 100ribu unit lagi dgr2 cerita.Tp br skrg sy nk becerita kat blog psl kehebatan koleksi terapi diri penangan Hafiz Hamidun ni.

Maaflah.Sy baru bkesempatan memiliki album ni.Bukan beli tau.Tp download kat mediafire.hahahaha..astagfirullahalazim.Bkn curi tp kongsi.Beratus2 org download dr situ.Barangkali mereka senasib dgn sy.Tak mampu beli CD (padahal sbb dr dlu spesis mencintai barang free.Huh!)

Mmg dh lama sy tau tentang kewujudan album ni dan sy agk tsentak bila bc kat paper yg Hafiz tsenyum lega album krn dpt sambutan dan diulang cetak skali lg.Wah!xsangka dia mmpunyai pengikut tsendiri.Sy sbnrnya kurang mngikuti sgt pekembangan Hafiz sbb bg sy dia mmpunyai ramai peminat speseli dr kelompok gadis krn kehenseman beliau.Sy jrg mmberi peluang telinga mndengar alunan lagu2 dia.

Kopem jeles si Marni Ishak kalo tahu sy dh minat awk..HAHA.


Tiba lah pd suatu masa.Takdir bagaikan mahu sy meminati juga jejaka ini.(Ceh.Ayat apakah ini).Pada satu hari ketika dalam pjalanan pulang ke kelantan dari kedah bsama adik sy Firdaus.Beliau telah mmpedengarkan CD terapi diri hafiz ni dsepanjang perjalanan!Berulang2 track itu bgema.Dari side A btuka ke side B.Sy dgr je.Takkan nk soh stop.Kopem firdaus bebel.Lagu2 sy bg dia smua lagha.Haha..

Spjg perjalanan tanpa sy duga.Mata sy bgenang.Sy mnangis rupanya dek krn kusyuk mghayati bait2 lagu hafiz yg kesemuanya memuji2 kebesaran Allah.Hati sy berasa sangat damai ketika itu.Buat ptama kali sy tidak rs mngantuk spjg pjalanan 5jam ke kelantan itu.Firdaus juga tenang sambil memandu meskipun ketika itu hujan turun agak lebat.

Ketika itu sy tertanya2 gerangan siapakah suara yg menyentuh kalbu ini.Lalu sy belek2 kotak CD dlm kereta Firdaus.Tertulis lah tajuk album Zikir Terapi Diri : Hafiz Hamidun.Omaigod.Boleh tahan suara hang hafiz.Tp bkn krn suara dia je sy jd mnyukai album ini tapi kerana kehebatan lirik dan melodi kseluruhan lagu2 yg ada dlm cd beliau.Sgt2 menenangkan jiwa yg bkecamuk dan hati juga berasa dekat pd Allah setiap kali kita ikot sm mndendangkan lirik2 yg memuji kekuasaan Allah itu.

Firdaus mncadangkan sy mmbeli album Hafiz.Ssuatu yg sy sudah fikirkan sblm dia ckp lg.Kat blog sy skrg ni   sdg bgema salah satu lagu yg tdapat dlm album Hafiz.Seperti kata firdaus,setiap org perlu memiliki album ini.Kalau hati rs resah dan gelisah.Xperlu laa sebok nk pegi spa atau mana2 tempat utk terapi diri.Memadai mndengar lagu2 indah sebegini drumah.Insyaallah xrugi beli/downlod album ni.

Antara lagu2 yg sering sy putar kt playlist adalah : Astaghfirullah ,La Ilaha Illallah ,subhanallah,Taubatan Nasuha dan lawkana bainana.Pada yg rs nk downlod kseluruhan lagu2 dlm album Hafiz boleh ke link ini ye : Download zikir terapi diri hafiz hamidun..

Selamat mendengar sahabat2 ku!:)