Monday 2 February 2015

Kebergantungan Hanya Kepada Allah.

Bismillahirahmanirahim..

Pernah x kita terfikir..btapa kejam sgt kita pada Allah. Saat dihimpit kesusahan,bala dan bencana,ketika itu baru kita cari Dia. Kita mengadu, merayu smoga dikeluarkan dari kesempitan dan kesusahan. Sedangkan saat berada dipuncak,di kelilingi kesenangan..kita seperti alpa dan terlupa untuk bersyukur. Kita jadi tidak sedar diri,segala kesenangan itu tidak hadir percuma.Ia perlu dibalas dgn rasa bterima kasih dgn sentiasa mengingati Allah.Tapi itulah,kerana kita bernama manusia, selalu sgt leka. Lalu Allah turunkan sedikit ujian dan cubaan. Supaya kita sedar dan kembali kepada Dia.
Sementara pintu taubat masih terbuka luas. Lihat, betapa kasihnya Dia kpd kita....

Tapi kita berterusan ingkar.
Hanyut dan terus hanyut. Kita menjahanamkan hidup kita dgn perbuatan2 yang tidak sepatutnya.Kita gunakan pemberian Allah ke jalan tidak benar.Gagal brsedekah dan tidak mnggunakn stiap nikmat yg Allah bagi untuk meningkatkn lagi keimanan dan ketakwaan kita kpd Dia. Kelekaan kita sudah sampai tahap kritikal,tapi Allah masih lg mmberi peluang dan mnyelamatkan kita. Dia akn sedarkan kita dgn pelbagai cara. Mungkin dgn menurunkan bencana dan bala. Saat itu usahlah bertanya lg mengapa kita diuji seteruk begitu dan begini.Sedarlah bahawa disebalik semua itu,tersembunyi hikmah yang cukup besar. Saat ini juga usahlah sekali2 bsangka buruk kpd Dia!


Menjadi kebiasaan,slps mendapat "pengajaran" dari Tuhan maha kaya. Kita cepat2 istigfar..cepat2 sejadah dihampar.Kita duduk dan berdoa.Solat itu dan solat ini mohon keampunan serta petunjuk dari Dia----untuk keluar dr sebarang kemelut yang melanda. Oh sebenarnya inilah yang Allah inginkan.HambaNya pulang ke jalanNya dan kembali mengingati Dia seperti dahulu.

Terduduk dan meratapi nasib malang yang telah ditimpakan Tuhan bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Semua itu hanya membuang masa dan airmata. Solusinya sudah dterangkan. Ambil wuduk, solat dan kembalilah ke jalan Allah S.W.T.



Serahkan kebergantungan kepada Allah.
Saat bersedih dan berduka, usahla lagi menghubungi sesiapa.Usah lagi mengadu kpd sesiapa.Tiada sesiapa lagi mungkin sudi mendengar,memahami sekaligus menyelesaikan kebuntuan kita kecuali Dia!

Sekali lagi,serahkan segala kebergantungan kpd Allah.


No comments:

Post a Comment