Sunday, 3 February 2013

Riview cikai - Filem Hansel & Gretel

Smoga cepat sembuh dear.
Smlm layan midnite movie dgn hubby kat amanjaya mall,sungai petani.Mulanya plan nk layan Juvana yg skg tgh meletup2 kat pawagam tp last minet kami tuka plan.Hubby mmg suke layan omputih so sy pon ikotkan je pemintaan beliau yg nk sgt layan filem holywood Hensel & Gretel.Maklumlah org baru pulih dr demam.So nk dia relaks2 je slps bberapa hr monyok je sbb dmam.

Di pawagam sekarang!
first tyme laa ni tayang suami kat blog.ahaksss..
Sejujurnya sy ni xbegitu menggemari sgt filem2 bkonsepkan fairy n tale ni.Tp bila dh terlayan mmg mcm org kene pukau.Tak bganjak dr tempat duduk smbil mulut duk mngunyah pop corn tanpa henti.Hehe.Begitulah hebatnya flem2 mat saleh ni.Dorg punya scene yg mnggunakn teknologi2 animasi bkomputer mmg mnampakkn filem2 fantasi mreka mnjadi sgt2 real n dasat mngalahkn realiti pula.haha!

enjoy midnite movie..auuummm..
Banyak scene dlm filem Hensel n Gretel ni mengingatkn sy pd filem2 Hary potter terutama babak2 ahli sihir dgn pnyapu serta babak magic2 dia yg lain.Filem ni mngisahkn dua bradik : Hensel n adik pempuan dia Gretel yg mmbesar tanpa ibu dan ayah.Parents dorg mati dbunuh pduduk kampung krn fitnah seorg ahli sihir yg kejam.Kdua2 bradik ini akhirnya mnjadi pemburu ahli sihir dan terkenal krn telah mmbunuh bpuluh2 ahli sihir sehinggalah ke ending cerita-Mereka bjaya bunuh ahli sihir yg mnyebabkn ibubapa dorg terkorban.Disinilah satu psatu kisah silam mreka bjaya dbongkar.

Popcorn kat Amanjaya tdak sesedap Village Mall..Timkaiya??timkaiya??

Berbaloi laa abis doploh hingget.:)
Secara kseluruhan filem ni agak menarik.(sy xngantuk spjg mnonton itu antara ptanda flem 2 mnarik).Wlaupun banyak babak dlm filem ni sudah biasa kita tonton dlm flem2 khayalan lain tp ada juga part lain dr yg lain bila watak monster bnama Edward dselitkn dlm flem ini.Dia yg pada awlnya mnjadi pmbantu kpd geng2 ahli sihir akhirnya mnjadi kwn kpd Hensel dan Gretel.Sy begitu tertarik pd watak Edward.

Apapun xrugi la kalo beli tiket wayang utk tgk citer horror/fantasy ni ok.Berbaloi.
/ Untuk filem ini :)


Monday, 21 January 2013

Hafiz Hamidun + Zikir Terapi Diri

Marilah terapikan diri.Smoga btambah dekat pd Allah :)


Mcm ketinggalan zaman plak.Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun ni dh bkurun kat pasaran..siap mndapat penjualan melebihi 100ribu unit lagi dgr2 cerita.Tp br skrg sy nk becerita kat blog psl kehebatan koleksi terapi diri penangan Hafiz Hamidun ni.

Maaflah.Sy baru bkesempatan memiliki album ni.Bukan beli tau.Tp download kat mediafire.hahahaha..astagfirullahalazim.Bkn curi tp kongsi.Beratus2 org download dr situ.Barangkali mereka senasib dgn sy.Tak mampu beli CD (padahal sbb dr dlu spesis mencintai barang free.Huh!)

Mmg dh lama sy tau tentang kewujudan album ni dan sy agk tsentak bila bc kat paper yg Hafiz tsenyum lega album krn dpt sambutan dan diulang cetak skali lg.Wah!xsangka dia mmpunyai pengikut tsendiri.Sy sbnrnya kurang mngikuti sgt pekembangan Hafiz sbb bg sy dia mmpunyai ramai peminat speseli dr kelompok gadis krn kehenseman beliau.Sy jrg mmberi peluang telinga mndengar alunan lagu2 dia.

Kopem jeles si Marni Ishak kalo tahu sy dh minat awk..HAHA.


Tiba lah pd suatu masa.Takdir bagaikan mahu sy meminati juga jejaka ini.(Ceh.Ayat apakah ini).Pada satu hari ketika dalam pjalanan pulang ke kelantan dari kedah bsama adik sy Firdaus.Beliau telah mmpedengarkan CD terapi diri hafiz ni dsepanjang perjalanan!Berulang2 track itu bgema.Dari side A btuka ke side B.Sy dgr je.Takkan nk soh stop.Kopem firdaus bebel.Lagu2 sy bg dia smua lagha.Haha..

Spjg perjalanan tanpa sy duga.Mata sy bgenang.Sy mnangis rupanya dek krn kusyuk mghayati bait2 lagu hafiz yg kesemuanya memuji2 kebesaran Allah.Hati sy berasa sangat damai ketika itu.Buat ptama kali sy tidak rs mngantuk spjg pjalanan 5jam ke kelantan itu.Firdaus juga tenang sambil memandu meskipun ketika itu hujan turun agak lebat.

Ketika itu sy tertanya2 gerangan siapakah suara yg menyentuh kalbu ini.Lalu sy belek2 kotak CD dlm kereta Firdaus.Tertulis lah tajuk album Zikir Terapi Diri : Hafiz Hamidun.Omaigod.Boleh tahan suara hang hafiz.Tp bkn krn suara dia je sy jd mnyukai album ini tapi kerana kehebatan lirik dan melodi kseluruhan lagu2 yg ada dlm cd beliau.Sgt2 menenangkan jiwa yg bkecamuk dan hati juga berasa dekat pd Allah setiap kali kita ikot sm mndendangkan lirik2 yg memuji kekuasaan Allah itu.

Firdaus mncadangkan sy mmbeli album Hafiz.Ssuatu yg sy sudah fikirkan sblm dia ckp lg.Kat blog sy skrg ni   sdg bgema salah satu lagu yg tdapat dlm album Hafiz.Seperti kata firdaus,setiap org perlu memiliki album ini.Kalau hati rs resah dan gelisah.Xperlu laa sebok nk pegi spa atau mana2 tempat utk terapi diri.Memadai mndengar lagu2 indah sebegini drumah.Insyaallah xrugi beli/downlod album ni.

Antara lagu2 yg sering sy putar kt playlist adalah : Astaghfirullah ,La Ilaha Illallah ,subhanallah,Taubatan Nasuha dan lawkana bainana.Pada yg rs nk downlod kseluruhan lagu2 dlm album Hafiz boleh ke link ini ye : Download zikir terapi diri hafiz hamidun..

Selamat mendengar sahabat2 ku!:)


Saturday, 14 July 2012

8 JAM

Finally..:D

Salam..
Beberapa hari lepas sy yg bz ini mcuri2 wktu terluang mnonton wayang bsama si dia..hehe..
Lama betul kami xlayan movie kt GC,village mall,sungai petani ni,maklumlah selain xsempat,sy juga mls nk bazir dt dan ms sbb biasanya lepas bberapa hr atau minggu satu2 filem 2 ditayangkan,kopem ada org uplod kt youtube.Huahaha.Nk free je kan?

Tp skali skala rindu gak nk berdating..:)
Hari 2 kami xplan pon nk tgk citer apa tp kwn sy ni kata nk tgk citer santai2 je..Nk ringan kepala..Lalu dia cadangkn layan flem 8jam..Sy pula wlopon sgt2 meminati lakonan Shaheizy Sam,ttiba berat ht plak nk 
lepaskn dt mmbeli tiket flem 2..risau pula pengisiannya zero!Membazir tau rm20..Dh la dtg skali skala kn..ttiba layan citer tah pape..bengang jgk kn?

Lagipun hr 2 bnyk gak filem2 luar yg best2 mcm Spiderman sdg dtayangkn..
Bukan xnak sokong filem tempatan,tp sy tengok filem2 mlayu skrg mcm KLISE je jln cerita lebih2 lg terbitan MIG...Pelakon2 pon asik muke sm..Tgk poster pon dh tau.Balik2 psl isu gelandangan,terbabit dgn mslh sosial,cinta..gengster!Ah!

Xdinafikan mmg lakonan Sam mmg mantap,tp kalau dh slalu dia bawa watak sama..xke bosan pemint dia?hehe..Last2 sy layan gak 8 jam..Kesian kt kwn sorg 2.Mgkin betul dia xmo tgk citer berat2 kali sbb nk santai2,sbb biasa dia hantu filem2 org putih.Mana nk layan dia citer2 melayu ni.Kalau layan pon sbb nk teman sy.Haha.Kali ni terbalik pula..

Ok 8 Jam ni katogori flem cinta dan aksi la..
Arahan Ahmad Idham..wlopon sy rs filem ni biasa2 tp ht msih mgharapkan Ahmad idham mnyelitkn sedikit
sbanyak kelainan dlm filem ini.Selain Sam dan Yana samsudin,Idham jg mletakkan sandaran kpd plakon dari thailand Simon Kok yang pernah berlakon dalam Ong Bak dan Tom Yum Goong sbagai pelaris filemnya..:)

Lakonan Sam mantap tp bosan sbb watak sm je dia bawak..huhu!

8 jam mengisahkan tentang kehidupan sorg banduan bernama Alang Budi (Fimie Don / Sam Shaheizy) yg dijatuhi hukuman gantung smpai mati krn mmbunuh.Satu2 persatu titik hitam dlm kehidupannya dr kecil dbongkarkan ketika dia brada di penjara dtemani seorang polis lakonan Eizlan Yusof.Sehingga 8 jam terakhir dia hdup,Alang masih terus bcerita dan penonton mula tertanya2 siapa yg dia bunuh sbnrnya sehinggakan dia mnerima hkuman gantung..

Khidupan Alang sejak kecil tidak pernah senang dan bahagia.Ibunya mati dbunuh Along ddepan mata.Dan dia mmbesar di rumah ank yatim piatu.Tiada siapa sudi mndekatinya lantaran Alang dr zmn kanak2 seorang yg agk kasar dan suka mnyendiri.Bgaimanapun,seorng budak prempuan bnama Siti Juliana Hamdan (Eryyne Erynna/Yana Samsudin) meminatinya dlm diam dan mreka mnjadi kwn sehinggalah muncul bibit pcintaan sehingga mreka dewasa..

Mndekati peperiksaan SPM,Julia telah dibawa oleh kluarga ibu saudaranya utk pulang ke rumahnya.Perpisahan itu mmberi tamparan hebat buat alang krn dia begitu mnyanyangi Julia.Dia mcari julia serata tempat namun gagal mnemuinya.Alang akhirnya pulang ke tempat asalnya,tmpat dia debesarkan.

Ok..ada bberapa watak yg bjaya mnyentuh hati sy dlm flem ini.Ada juga part yg serius tp masih mngundang tawa penonton terutama scene2 yg mbabitkan Sam dan Eizlan dlm penjara..Filem ini kira nya juga tidak bosan meskipun penonton sudah boleh mengagak apa yg bakal berlaku.

Skian lama bpisah,Alang budi btemu smula kekasih lamanya,Julia dlm satu insiden yg xdisangka.Mereka tinggal serumah slps Alang mndapati Julia lari dari rumah kluarganya.(boleh pulak mcm 2 kan??).Walaupun hdup susah ,Alang bahagia krn Julia brada dismpingnya namun berlainan pula dgn Julia..yg mghrpkn kehidupan mreka berubah.Dia digambarkan tidak selesa tggl dilorong itu,berniaga ayam dgn Alang dan sering pula diganggu along2 yg dtg menuntut hutang dr Alang.Dia brharap Alang dpt merubah kehidupan mreka.

8 jam terakhir Alang dpenjara,sambil menikmati makanan terakhir permintaanya iaitu bubur dan peha ayam,dia mghabiskan ceritanya.Rupanya dia dpenjara kerana mmbunuh Julia,kekasihnya sdiri.Di ptghn cerita Alang ada mmberitahu,dia xkan takut utk bunuh sesiapa..malah andai julia sndiri belot kepadanya.Julia jg akn dibunuh!Lalu sy mnyimpulkan mgkin julia telah curang krn xsanggup hidup susah!sbb itu dia dbunuh oleh Alang.Namun,sbg penonton,sy mgharapkan ada suprise pd akhir cerita.Mgkin Idham mahu mmberi ssuatu yg dluar kotak fkiran penonton?Namun ternyata tiada kesudahan yg suprise itu..Huhu..T_T..

Filem dh agk menarik,syg endingnya biasa2..
Org kita mgkin sudah ketandusan idea..barangkali.Tp itulah,kalau xde idea,xperlulah buat filem.Kalau sbb wang,maka flem melayu dpermainkan..mmg bacul la penggiat2 flem kita.Entah bila la flem kita dpt bsaing dgn flem2 luar yg jauh meninggalkan kita..sedih2.

Apapun,3 bintang sy bg utk filem ni k..
Pada siapa yg rs nk tgk flem ni sila la ke pawagam skrg sbb tgh rancak dtayangkn.
Bak kata kwn sy,kalo nk santai2 bleh aje..if rs xbbaloi nk abiskn dt,bnyk lagi pilihan lain yg lebih menarik ya!
Enjoy!

Monday, 25 June 2012

Mengintai Jodoh Dari Jauh :)

Semoga mreka bertemu dgn redhaMU..


Salam..
Semenjak dua menjak ni sy kerap pula mengintai2 jodoh..
mcari2 lelaki yg baik utk djadikan suami..baik di facebook atau dilaman2 sosial lain..
baik kenalan rapat atau yg kenal gitu2..sy interview..hahaha..
asal dia beragama islam,patuh dan taat pd agama,bujang dan bkerjaya..

Jangan salah faham..
calon ini bukan utk diri sy tp utk seorang sahabat sy..
sahabat yg sy kenal sejak kecil..
yg sy kenal budi pekertinya..tahu sgala2 tentangnya..kerana kami sudah lama berkawan..
sudah lama mnyusuri suka duka alam persahabatan..

Teman sy ini manis orgnya..
berkulit cerah dan pemalu..hanya bising dihadapn kenalan2 rapat..
dpn org xkenal mmg susah nk dgr dia bcakap..apatah lagi gelak kuat2..
ringkas kata sikap kami sgt berbeza..:)

Dan mgkin krn sikap pemalu dan pendiam nya..
maka dia sukar mndekati lelaki..mmg dia xpernah bcinta..
xpernah ada teman istimewa...
Hidupnya lebih terfokus pd kerja..pd keluarga..
krn dia ank harapan keluarga..maka itulah keutamaanya..

Bukan tidak ada yg sudi berkenalan..
pernah hadir dalam hdupnya bberpa lelaki yg mnghulur salam persahabatan
namun ketika itu sahabat sy tidak melayan krana beranggapan
smua itu sia2..
hatinya belum terbuka utk bercinta apalagi utk brumahtangga..

Mgkin dia smakin mnyedari umurnya (umur kami la..hehe) smakin meningkat..
lantas dia berbisik pd sy akn keinginanya utk mmpunyai teman istimewa..
bukan utk bcinta atau suka2..tp utk djadikan suami slama hayatnya..
Sy tsentuh mndengar kata2nya..

Ya Allah,
temanku ini begitu terpelihara maruahnya..
begitu terpelihara sifat2 malu dan santunnya sbg gadis..
Kau temukanlah Dia dgn seorang lelaki yang baik,sebaik dirinya..
Lelaki soleh yg ddambakn dia..ameen..

Begitulah sy berdoa..
smbil berjanji akn tlg cari2kan calon yg baik utk dirinya..
Sebenarnya sy sendiri takut2..
sy risau tersalah memilih..kelak berlaku sesuatu..sy pula dipersalah..
Tp sy mncuba..
Benar soal jodoh sudah Allah aturkan smua..
Tp kita juga dituntut berusaha..
Masakan rzeki atau jodoh datang tanpa kita mencarinya?

Mncari pasangan hdup sbnrnya tidak semudah dijangka..
Mmg lelaki ramai dluar sana..
namun yg benar2 soleh,berkualiti dan btgjwb utk djadikan suami..
sgt2lah sukar dtemui!Lalu sy begitu berhati2 dgn misi ini..

Dan dalam pencarian sy..
sy betemu bberapa lelaki (kenalan sy) yg juga sdg mncari suri hati mreka..
yg sy rasa amat sesuai dgn teman sy itu..
sy berkira2 sndiri,mahu mreka berkenalan dahulu..kemudian terpulanglah pd mreka
sm ada utk jadi lebih serius atau bagaimana..sy cuma tukang kenal shj..
Malangnya rata2 lelaki yg sy jumpa itu,
mngatakan teman sy xssuai utk mreka..ternyata mreka
lebih memandang wanita seksi dan pandai bergaya..
Oh!lelaki...apalah ada pd itu smua..

Sy akui teman baik sy itu orngnya biasa2..
cantiknya neutral..bkn dbuat2..tanpa mekap pun wajahnya sejuk dpandang..
pakaian pun biasa2,stiap masa bertudung labuh dan berbaju kurung..
bukankah dsitu pun terpancar sebuah kemuliaan seorang wanita?
entah apa lagi yg lelaki mahukan..

Sy hampir2 mngatakan lelaki2 tsebut bodoh,
tanpa sy sedar sesuatu..
yer..cinta itu xboleh dipaksa..barangkali jodoh teman sy itu belom tiba..
Mgkin ada yg lebih baik sdg mnanti dia ddepan sn..
sy beristigfar bberapa kali...Ampunkah sy Ya Allah..
Mungkin Kau ada prancangan lain buat sahabatku..

Kini sy masih berusaha..
teman sy juga berusaha namun tidaklah smpai kelihatan 'desperate'..tidak sm skali..
Bg sy tidak salah mencari..mana tahu ada rzeki utk teman sy itu..
mgkin tahun ini juga dia boleh naik pelamin,kemudian menimang cahaya mata pula..
Sesungguhnya saya insan yg paling bahagia..
andai melihat dia gembira T_T

Utk kesekian kali sy berdoa..
Ya Allah kurniakan sahabatku jodoh yg baik dr sisi Mu..
Berikan dia kebahagiaan abadi yg dia nanti dgn penuh kesabaran slama ini..
Sesungguhnya aku beterima kasih padaMu ya Allah,
kerana mmbuka pintu hati sahabatku utk mencari pemilik tulang rusuknya..
Ameen..:)



Monday, 28 May 2012

Ladang Anggur Tasik Beris

Walopon dh dkt 2tahun sy kt Kedah..
Tp smlm first tyme sy pijak Sik..Biasalah 2 kan..Sy ni jenis kalo xde keje kt ssatu tempat 2,susah cket sy nk tempat 2.Tp smalam sy turun Sik sbb diundang oleh mmber satu universiti dulu,si Wahida ke Majlis kawen dia.Dari sg.petani ke Sik xdelah jauh sgt.Dalam 45 minit jer pon.Macam pegi alor setar jugak.Alhamdulillah,senang nk smpai ke lokasi mjlis ( (Kg.Namek Tua) wlopon tanpa peta.Member kt sbelah sebok dok gelak dgn nama kg.Namek..Xabis2 ckp 2 planet dragon ball..sy senyum je buat2 paham.Maaflah sy bkn peminat dragon ball.huhu...


org kuning aku pon sebok nk kuning jugak..wakaka.


Alhamdulillah,lepas abis mkn kenduri..
sy minta kebenaran utk pulang.Pengantin baru dh gerak utk kejar outdoor photography.
Kat ladang anggur katanya..So masa nk balik,ayah pengantin mncadangkan saya dan mmber sy singgah ke ladang anggur 2..xjauh dh kata dia.So alang2 dh smpai Sik,sy dan member pon gerak ke sana..


Memula pijak tempat 2 sy rasa mcm pegi Cameron Highlands plak.Sejuk dan dingin tempatnya.Bezanya kt sini xde ladang teh..tapi anggur.Hehe..Sy dan kwn dh xsabar nk petik buah anggur nih..hehe..Kat bawah ni adalah bbrapa keping gmbr smpat sy snap mggunakan kamera cap lutut.Maaflah kalo gmbr kurang mmuaskn ye!


Welcome!welcome!

nice kan?

Kopem datang lagi lepas nih!


Memang best kawasan ni..Tasek dia sgt2 cantik..view pon memukau pandangan gitu..
Nak jadi citer..sy tersempak dgn Wahida dan suami dia lg bserta jurugambar mereka.Bukan maen dorg posing utk outdoor.Lalu smpat la sy menyemak kt situ skejap smbil snap gmbr sekeping dua..


Wahida dan pasangan tgh posing..huhu


Tanpa mnganggu dorg lebih lama..
sy dan kwn gerak ke kwsn tanaman anggur..Nak masuk sana dkenakan bayaran.RM4 utk dewasa..Kanak2 RM2.Memula masuk sn sy xnampak lagi anggur2 yg dh masak.Tp bila kita masuk lebih dalam,br lah kelihatan kawasan anggur2 yg dh ranum.Wlopon dlarang memetik,sy petik jugak..Hahaha.Alahai,petik seketul dua bukan bleh bankrap pon tokey ladang.Lagipun kami bayar.hehe..jgn maree..


Kt bawah ni ada sorg budak degil.Wlopon dpn mata dia trang2 dh tbentang papan larangan jangan memetik buah..tp dia tetap petik jugak.Sgt degil!Lgsg xpeduli CCTV yg terpasang..haha!tgkap dia!


Ciss..papan larangan tidak diendah sama skali!

WAH!!bukan stakat petik..makan teros kat situ!hebat..hahahha!

Dia terus memetik wlopon aksinya dirakam CCTV!

Seee??belom brenti memetik..memang nk mati budak nih.haha

Sepe xgeram nak petik btol x?????

Kalo pkeja ladang xde..kopem abis smua dia petik!!!!


Agaknye ni jer kot kwsn best dan mnarik kat Sik sehinggakan smlm lebih 10 pasangan pengantin memilih utk buat outdoor kt ladang itu termasuk kawan sy Wahida itu.Tp mmg berbaloi la wt photoshoot kat sini sbb kat ladang ni mmg banyak ruang2 mnarik utk brgambar.


Nih pon antara 10 pasangan yg dtg buat outdoor kat cni petang smlm!


pengantin mmg manfaatkan kawasan2 menarik mcm ni utk brgambar!

rs nak alas bawak tikar bantal tdo sni jer nanti...


Kalau dh nama pon ladang anggur,maka cafe kecil yg ada kt cni pon mnjual makanan dan minuman berasaskan anggur.Sy paling suke popia anggur dan jus anggur segar.Memang anggur fresh dr ladang kata org.Xjauh dr cafe,terdapat satu kedai souviner yg jual macam2 cenderahati bertemakan anggur,buah anggur segar dan   kordial anggur.So,korang yg datang cni bleh la bawa pulang barang2 yg terjual kat cni utk kawan2 atau sahabat handai.


boleh pilih nak pepel ke green..hehe..freshhh okeh!!



Hah grape curry puff pon ada...Popia dia mmg terbaekk!

Ni antara yg dijual kat kedai souvinir yg ada kat ladang 2..Beli2..


Ok..2 la sedikit sbanyak review aku psl Ladang anggur yg terletak kat Sik nih.Mmg rs nk datang lagi lepas ni tp lepas ni nk bawak family sy plak speseli ayah sy sbb dia mmg peminat tegar buah anggur.Huhu..


Salamm!


Thursday, 17 May 2012

Jodoh : Jgn kecoh..Jgn gopoh..Jgn gadoh2..

"..Satu ketika dulu sy target nk kawen umur 30..
skrg baru bberapa bulan sy mlangkah ke usia 27..
justeru mngapa anda kecoh2??
knapa kena kecoh dan kalut tentang jodoh?
kenapa doh?..(ciss nk jugak letak "doh")
ahahaha.."


Hari itu pasti tiba..


Salam..
lewa ini sy sering diajukan bilakah mahu mendirikan rumahtangga..sy sambut soalan dgn senyuman..kerja Tuhan..tanyalah Allah..Dia punya jawapan..Dia lebih tahu bilakah tarikh sebenar sy akan dsatukan dgn psgn..


Bila sy jawab mcm 2..
masih ada yg bertanya dan terus bertanya..
pernah sy rs rimas skali..sampailah sy lali..lalu hr ini sy dh xlemas lagi dgn soalan2 bla lagi?bla lagi?bla lagi?sy sedar..ramai kwn2 sy sudah pun mendirikan rumahtangga,malah teman2 seangkatan sy ada yg sudah memiliki 3 org cahaya mata..


Ma sy ckp..
umur skrg adalah ms terbaik sy mendirikan masjid dgn pasangan..
nenek sy pon ckp benda sm..xelok bkawan lama2.Saya akui,slain teman2 dan sedara mara..kluarga juga sdg memujuk sy utk menamatkan zaman bujang pd tahun ini juga.Memang,prancangan itu ada.Cuma sering ditangguh2kan.Antara faktornya,sy belum bsedia..fizikal dan mental..
Prasaan kurang bsedia itu sbenarnya dtanamkan oleh Allah dlm diri sy krn seru sy belum tiba..katakan Allah menetapkan tarikh pernikahan sy lusa,pasti rs xbsedia ini akn dicabutNya serta-merta.Percayalah,ketidaksediaan ini bukanlah sy yg tanam sdiri..bukan sy buat2..


Akad nikah mmg sng..
buat majlis kawen pon sng..jemput org,buat makan2..
tapi tanggungjawab?bukankah itu memerlukan kekuatan fizikal mental serta bberapa lagi aspek lain
utk mggalasnya?
sy mmerlukan sdikit waktu lagi sblm benar2 bsedia utk bgelar seorg isteri..
sy mahukan yg terbaik dlm perkahwinan..itu sahaja..Xguna kalau pasangan kita jer bsedia sdgkn kita masih samar-samar.Kalau salah seorg dr pasangan belum bsedia,kita belum "cukup" syarat utk mlangkah ke dunia berdua.Justeru,kedua2 harus bersedia!


Mcm xkena jer gmbr nih.Lantaklah,asal pasal jodoh.wakkaka!


Adik sy Firdaus mendahului sy apabila menamatkn zmn bujangnya tahun lalu..
sy sdikit pun tidak terkesan krn mnganggap jodohnya sudah smpai..dan seandainya adik2 sy yg lain mahu berbuat perkara yg sm,sy akn menyokong dgn syarat mereka telah bersedia..
bukan lepas bernikah nanti sebok nak menyusahkan org laen pula..jgn sekali jadi begitu..Ada psgn sy temui,lepas bernikah masih mgharapkan ibu bapa utk belanja dapur..masih meminta2 beras dr kluarga..ada pula sy temui,psgn suami isteri yg sbnrnya masih belum meninggalkan kehidupan bujangnya apabila masih bsikap spt org bujang wlopon dah ada suami/isteri..inilah yg sy katakan sbg tiada psediaan yg utuh utk menuju ke alam rumahtangga..


Benar,kata org lepas bernikah rzeki smakin melimpah ruah..
sy percaya kata2 itu..namun ini bkn berkaitan rzeki semata2..kadang2 rzeki dah mncukupi namun ada perkara2 lain pula yg jd masalah besar org2 dah bernikah..
Ada suami isteri yg sbenrnya belum bsedia dgn kehidupan rumahtangga,namun krn "gatal" juga nak bernikah,atau krn didesak keluarga..rumahtangga yg dbina hancur bkecai..Jd bla org bcakap tentang soal "belum bsedia",maka ia bukan soal ekonomi smata2.Boleh jd org 2 belom bsedia dr segi emosi dan jasmani,boleh jd juga belum bsedia mcari pasangan yg menepati kriteria idaman hati..ah!macam2..


Wanita mana ddunia ini yg xmahu bergelar isteri..xmahu bgelar ibu..
smua wanita begitu teringin utk mrasai detik2 indah bsatu dgn psgn scara sah..
smua wanita begitu teringin utk mrasai detik2 indah mengandung,bsalin dan mmbesarkan anak2 dgn penuh kecintaan..saya juga stiap hr dibayangi moment2 begitu (gatal sungguh)
hahaha..smoga ia mnjadi kenyataan satu hr nanti..spt sy katakan td,sgalanya hanya akn berlaku jika kita benar2 sudah bsedia..krn sgalanya perlukan prancangan yg rapi..Apakan daya,sehingga saat ini,sy rasa sy masih "kekurangan" ssuatu lagi.Smoga Allah cepat2 buang perasaan ini dr hati sy..:)


Berbalik kepada target kawen umur 30..
itulah angan2 sy semasa menginjak ke usia 20..sy xmau gopoh2..
barangkali krn sy dikelilingi oleh spupu2 yg kawen lambat..maka sy pon terdidik bahawa jodoh itu xperlulah kalut2 sgt..xperlu tgopoh2..banyak lagi perkara yg sy harus utamakan..
Pun begitu,andai ditakdirkan sy btemu jdoh sblm usia 30..sy terima dgn lapang dada..dgn redha..
Allah maha tahu apa yg terbaek utk sy..dan pastinya sy mgharapkan juga doa2 dr keluarga dan teman2 tercinta..Doa yg terbaek utk sy ye!spt mana sy mndoakan kalian smua..

Friday, 4 May 2012

Grafik kah itu?

::Jangan kotorkan keunikan dunia grafik::


Salam..
lama sy xupdate sesuatu kt cni..hr ni rs nk menulis pulak..bz sgt lately..lagipun xde benda nk story mori disini..ok..hr ni sy nk tulis pasal rekaan grafik ato dlm bhs mat salleh dsebut,graphic design..


Amboi..
sy tau sy xlayak utk mngajak org bbincang psl ni..
sape sy?bground grafik xde..pngetahuan grafik sbesar jari cuma..
Dulu ms di universiti sy pelajar animasi..malangnye krn mls2..sy xgunakn sepenuhnya ruang dan peluang utk belajar dgn baik..sy jijik nk sebut brulang kali rs mnyesal..sbb 2 smua dh xguna..


Baek sy fikir apa yg sy nk buat lepas abis blajar..
Mujurlah kte amik course animasi dulu,sy turut ddedahkan dgn bberapa software utk edit2 gmbr n create2 design mcm adobe Ilustrator,in design dan photoshop..
Dgn pngetahuan yg cetek psl ni,sy mintak kerja dbeberapa buah syarikat printing/percetakan..Nah kat cnilah bermula kisah sy dan dunia grafik..yg sy xrancang sm skali..mula2 sy timba pngalaman di Smart Solution Kubang Kerian,Kelantan.Lama juga sy jd graphic designer kt situ..kalo sy tgk balik design2 sy (ms keje kt situ..dan ms study dulu..sy rs nk muntah.hahaha!)Sumpah!


Lepas hampir stahun keje kt situ..sy mncuba nasib mohon graphic designer kt Sharkprint cawangan Kota Bharu pula..rs hebat jer keje situ.Serius sy xsangka sy lepas temuduga..Tp kat situ pon xlama..Ats bberapa sbb xdapat dielakkan..sy berhenti kerja!Tp pngalaman slama keje kt situ begitu mematangkan sy..


Eh sbnrnya nk citer psl graphic ke psl saya nih..eh2..
Ok2..org kata smakin lama kite dlm bidang ni..makin banyak ilmu dan pngalamn kite prolehi..kalo kite rajin,insyaallah design2 kite akn mnjadi lebih mantap,profesional..bukan kekampungan lagi..


Kenapa bukak DS Advertising?tanya sorg kwn sy disuatu senja..
Tak takut ke bersaing dgn begitu bnyk syarikat2 printing,syarikat2 pengiklanan dan seumpamanya,yg muncul bak cendawan tumbuh lepas hujan?tanya dia lagi..Ah,bkn dia sorg..ramai tanya benda sama!


Sy jwb..
mmg banyak psaingan..di kedah jer entah brapa ratus riban kedai2 printing yg mnyediakn servis2 rekaan grafik dan percetakan..itu belum campur lg individu2 persendirian yg mnawarkn khdmat scara part time dirumah..tapi brapa kerat yg betul2 berjaya sbg syarikat grafik/pereka grafik??
Sy bukan nak riak,cuma insyaallah,dgn sdikit ilmu yg sy ada..sy nk berikan servis yg terbaik utk planggan2 sy..baik dr segi design dan kualiti print.


Ramai org blumba2 bukak kedai design..hanya krn mereka tahu bidang ini mmberi keuntungan yg besar (kalau kena cara dan pandai berniaga!)..hakikatnya rata2 mereka zero tentang grafik!lalu terhasil lah kerja2 berbentuk sampah..


Saya sedih!
sgt2 sedih apabila melihat kad nama dan kad kahwin (contoh),direka sesuka hati.Typo tah kemana,warna ikut tok anjang dia nk letak apa..bcampur2..semua ke laut..sudahnya nm dan alamat pelanggan tenggelam..pelanggan yg buta design kdg2 iyekan ajer..berbaloi ke pelanggan keluarkan sejumlah dt utk mmbayar harga design yg spt sampah?tangkap muat??cincai?kesian!


Skali lg sy nk tegaskan bahawa bukan sy nk riak..nk bongkak atau berlagak..tidak..sy sdiri masih belajar dan xpernah berhenti belajar untuk memantapkan skill dlm bidang ini krn ketika sy buat keputusan utk bekecimpung dalam bidang ini,sy sudah tanam satu misi utk memberi khdmat dan servis terbaik utk pelanggan!


Disini sy nk mengajak pecinta2 grafik supaya berjuang utk menaikkan martabat grafik ke tahap yg paling tinggi..jgn kita biarkan dunia grafik yg indah dkotori dgn kerja2 caca marba org yg buta design tp masih nk buat design!Mantapkan dulu skill,ilmu didada..barulah bg servis kepada org.Jangan fikir untung semata2..
Skrg wlopon student2 grafik di malaysia smakin ramai..dr fresh graduate smpai yg dh sepuluh taun grade tapi rata2 mereka sbnrnya kosong tentang bidang yg mreka belajar dulu.Tp ada antara mreka tetap brani nk jd grafik designer.Mungkin mereka fikir,pelanggan bukan tau apa.Design jer bodoh2,dh siap,cetak!Hmm..


Dulu sy ambik animasi kt universiti,tp lepas abis belajar sy xkerja dgn syarikat animasi..kenapa?sbb sy sedar diri.Hahaha!sy tahu kemampuan sy sjauh mana dan sy xmau rosakkan keindahan dunia animasi.Lalu undur diri biarpun pernah ada kawan nk bg modal utk sy belajar smula animasi dan buat animasi utk dia..Tidak.Itu jwb sy..apapun sy xpernah mnyesal belajar animasi satu ms dulu..tidak pernah.


Cuma sy melihat dunia sy lebih kpd grafik..Lalu lepas blajar,sy bukak balik bberapa perisian dan belajar sdiri.Kadang air mata sy bergenang krn mnyesali pluang blajar dulu sy sia2 kn.Sekarang spt org bodoh,terkedek2 belajar sdiri.Alhamdulillah,hr ni sy sedikit demi sdikit bejaya memperbaiki kelemahan2 design sy.Design2 lalu,yg sy nmpak lebih teruk dr smpah,xpernah sy buang.Dari design bruk itu lah sy belajar mmperkasakn lagi skill yg ada.Hari ini pon sy masih belajar sdiri.Tak pernah berhenti krn sy tau terlalu banyak lagi benda sy harus perbaiki..


Mungkin akn ada org mmpersoalkan kredibiliti sy apabila sy menulis psl ni..
sapa dahlia 2?hebat sgt ke dia?brapa kali dh mng anugerah graphic designer terbaik?br bukak satu kedai dah brani komplen mcm2..happtuihhh..(ini mungkin suara2 dr otai2 grafik cm AINUR MUSFIRAH..hahha..sy dh bersedia dimaki hamun oleh beliau atau sapa2 jer yg xpuas ht dgn penulisan sy)


Hmm nak tunggu sy hebat..sy mantap..baru boleh menulis dan komplen..
rasanya sangat2 xpatut..sy menulis bukan utk bercerita psl kehebatan diri..bukan nk hentam kerja org itu org ini..tidak..sy nak ajak pecinta2 grafik berjuang menaikkan mutu dan harga diri industri grafik yg smakin tercemar.Dibuatnya saya mati esk,xde sapa lg nk bersuara tentang hal ini.Yer,sy tahu taraf design sy pon masih ditahap kekampungan,spt sy ckp td sy pon masih sdg belajar mmperbaiki diri.Inipun salah satu cara sy utk memartabatkn lg dunia grafik..


Apapun,kdg2 kite xleh jugak letak kesalahan pd pereka2 grafik kalau mreka mghasilkan ssuatu yg berbentuk sampah.Boleh jd itu permintaan customer mreka!Ah..sejak bkecimpung dlm bidang ni..mcm2 pesen client sy jumpa..kdg cun2 kite design,alih2 yg kite reject jugak dia nk!mcm mn 2??ok2..kalo ikut pngalamn sy btemu dgn org mcm nih,sy akan mmberi khidmat nasihat la kat dorg nih (ciss cm kaunselor lak).


Kita tau client2 cm ni citarasa dia pelik sket.Sblm dorg pilih design yg ikot kpala tok anjang dia,dia dscuss dlu baik2 dgn dia.Bagitau dorg mngapa design ini xelok..yg itu lebih elok..Dia pasti akn bfikir balik sm ada nk teruskn idea "bernas" dorg atau guna idea "bodoh" kite.Kalo dorg bedegil jugak,apa lg kita nk kata..proceed jelah idea tok anjang dia...(pk2 balik kdg2 client pon bleh bikin industri grafik lingkup!)Xkan nk buat kelas jugak utk dorg?hmm.so kat sinilah pentingnya peranan pereka2 grafik.


Spt sy tulis td..wlopon negara mngalami kebanjiran graduan2 yg mngambil jurusan grafik,namun brapa kerat yg betul2 boleh dipanggil pelajar grafik?kita memang ketandusan pelajar2 yg benar2 kreatif dan inovatif..kita masih ketinggalan jauh dgn barat dalam mengahasilkan artwork2 yg bermutu dan berkualiti..


Sehingga kini sy masih mengintai pelajar2 grafik (Fresh graduate atau mreka2 yg dh lama kerja dlm bidang ini) utk bkerja dgn sy.Sy mmg sdg mncari calon2 berkelayakan skrg utk mengisi kekosongan jwtn itu di DS Advertising,namun harus sy akui,sy cerewet dlm pemilihan ini..Lalu calon2 yg layak belum sy temui sehingga skarang.Sukar sekali mncari preka grafik yg betul2 berkualiti pd hari ini.Itulah yg harus kita akui.


Apapun sy xnafikan kolej2 spt Limkokwing,Cosmopoint,dan beberapa lg berjaya melahirkan beberapa individu2 yg betul2 layak dipanggil budak grafik.Mungkin institusi2 pendidikan laen yg mnawarkan course grafik boleh mncontohi corak penyampaian dan pengajaran yg dilakukan di kolej2 yg saya sebutkan td.


Tak lupa kepada politeknik Johor bharu..sy dr dulu dgr politeknik ni mghasilkan ramai otai2 grafik dan sy harus akuinya skrg bila mn sy sering bertemu dgn manusia2 yg sgt kreatif dan mmpunyai idea2 yg luarbiasa.Bila ditanya dulunya mreka blajar dmana.Jawab mreka : Politeknik jb..smoga kredibiliti politeknik johor bharu dalam mlahirkan lebih ramai graduan2 grafik yg bermutu dpt dcontohi oleh kolej2 lain..


Pada yg terasa dgn tulisan sy.Jgnlah pendam2.Luahkan pendapat (kemarahan) anda dpn2 k..Kita boleh berbincang.Demi ms depan industri grafik yg smakin dtenggelami sampah sarap..kalau bukan kita yg nk selamatkan,siapa lagi??kalau kita xselamatkan,mungkin hlg terus industri ini dr bumi..