Sunday, 8 January 2017

Down . Down . Down

Penyakit apa ni?
Badan tak sakit.
Otak pun sihat.
Cuma hati.
Ya hati..
Hati je yg tetiba panas.
Sekejap - kejap rasa perit . Sedih .  Sebak . Bercampur baur.
Benci!

Murung satu hari.
Perasaan inilah yg paling aku benci. BENCI!
Satu perasaan putus asa.
Tidak inginkan lagi apa-apa.
Tak ingin!



Semua jadi tak kena.
Semua perkara rasa malas dikerjakan.
Rasa tak guna.
Rasa tak menguntungkan.
Rasa buang waktu!
Rasa nak berambus.
Tapi tak tahu nk pegi mana..
Nak luah pada siapa...

Baik bersendiri..


Saturday, 31 December 2016

Seputar 2016..Selamat Datang 2017!

Beberapa jam je lagi kita akn melangkah ke Tahun baru 2017. So inilah entry terakhir aku untuk tahun ini. Huhu. Tetiap tahun pon asal nk masuk tahun baru mmg perasaan sedih tu xboleh nak elak. Sebab begitu banyak perkara kita lalui di sepanjang tahun2 sebelumnya, baik gembira ataupun duka.Segalanya kita akn tinggalkan, segalanya akn menjadi kenangan yg akan tsimpan rapi di kotak memori. Lebih mnyebabkan aku sebak bila ada beberapa perkara yg aku impikan berlaku pd tahun 2016, namun Allah belum izinkan lg ia terjadi. Takpe, aku bawa segala impian itu ke tahun hadapan yg bakal membuka tirainya sekejap lg. Moga2 pd 2017, smua cita2 jd nyata. Amin. :)

Boleh aku simpulkan tahun 2016 adalah tahun aku bersama syarikat aku DS Advertising. Hampir seluruh masa tertumpu pada DS. Bukan masa je, tetapi tenaga,usaha dan segala fokus banyak beralih kepada pd DS -- yg mengubah sedikit sebanyak rutin harian dan pola kehidupanku.

Usai selesai berpantang anak kedua pd Jun 2015, aku buat keputusan utk berhenti kerja dgn sebuah organisasi yg nampak gah tp sering bdepan dgn mslh gaji dan pengurusan yg tidak sistematik. Atas sebab2 tertentu aku rahsiakn nama tempat itu. Hampir 3 tahun aku di situ, hampir2 sudah mndapat taraf TETAP, namun aku memilih utk meninggalkan tempat munafik itu utk memberi fokus pd DS, yg seperti hilang kasih syg,hilang arah, dan hilang punca! Pendek kata hidup mati segan tak mahu! 

DS sudah 8 tahun. Ya, namun krn aku menganaktirikanya (membiarkan ia diuruskan oleh orang lain yg sbnrnya kurang bpengalaman ), musibahnya btimpa2 rugi datang. Hendak ditutup spenuhnya sayang, hendak dberi perhatian sepenuhnya, bermakna aku perlu mengorbankn kerjayaku.

Aku ikut kata hati. Aku percaya pd rzeki. Aku pejam mata, kuatkan semangat utk melepaskan jawatan di tempat gila itu. 

Terus terang, DS sudah tiada apa2. Andai aku ingin meneruskan juga, begitu banyak perkara aku perlu fikir, perlu berhadapan. Aku menangis. Bertanya Tuhan, betul ke keputusan aku? Aku xpandang ke belakang lg.

Di balik kejayaan seorang lelaki selalu ada perempuan yg hebat di belakangnya. Pernah dengar?
Begitula juga sebaliknya. Di sebalik kecekalan aku memilih jalan ini, ada seorang lelaki bernama suami yg sentiasa memberi sokongan moral dan modal. Ya,dialah juga yg menyumbang sedikit modal utk aku memulakan semula DSA dari kosong kembali. Begitu yakin dia betapa aku mampu menaikkan smula DSA. Aku menangis. Biarpun modal tidaklah sebesar mana, namun dgn duit itulah aku bjaya menyewa premis baru. Ya, semuanya harus bermula dr bawah semula! 

2017..semoga SALES terus gempak dan marak membara! kipidap!

September 2015, premis DSA dibuka semula dengan nafas baru dan semangat baru!
Suami tidak putus memberi tunjuk ajar. Oleh kerana dia juga punya tugasan lain maka banyak perkara aku harus hadapi sendiri.

Kadang2 aku menangis sorang2. Utk bulan2 pertama, tanpa staff, aku lah bos, akulah kuli, akulah cleaner, akulah segalanya. Aku lalui sendiri. Putus asa? Sudah tentu slalu rs gve up tapi wajah anak2 yg silih berganti buat aku terus kuat.

Kadang2 aku senyum sendiri. Puas aku fikir mcm mn aku boleh terjun ke bidang perniagaan. Dari kecil aku xsuka berniaga, xpandai dan menyampah bila dsuruh menjual apa2. Pernah wktu di sekolah rendah, Ma buat nasi lemak dan suruh aku jual di sekolah. Adalah dekat 10 bungkus. Aku xjual sebab malu! Serius nasi2 itu basi dalam beg. Marah betul ma masa itu dan selepas kejadian tu dia dh xbg aku jual pape lg. Buat rugi je.  Berbeza pula dgn kaklong, dia mmg pndai cari duit. Jual apa2 di sekolah mesti menjadi, pasti laku. Aku bayangkn bila besar nnti dia msti jd bsneswoman bjaya --tapi itu xberlaku. Tuhan letak dia di Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia dapat jawatan tetap di situ. 

Aku pulak yg xsuka berniaga Tuhan campak ke bidang ini. Sampai skrg aku xtau sebab apa. Kenapa bukan kak long je yg dapat smua ini. Hahaha. Setiap kali slepas solat, aku mesti termenung memikirkan perkara ini. Kerap aku bertanya Tuhan kenapa rzeki aku di dalam bidang yg aku cukup benci dan xsuka ini. Aku dgn matematik cukup bermusuh. Tapi kenapa aku kena tlibat dgn satu bidang yg setiap ms perlu mengira..perlu pening2 kepala tekan2 kalkulator, kira untung rugi. Apekajadah smua ini? Huh.

Soalan2 itu akhirnya tidak lagi mnyemakkan kepala hotak aku bila aku menemui jawapan dari Al Quran. Ya! sbnrnya Allah dh bg jawapan, dalam surah  Al-Baqarah : 216


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Aku pejam mata. Aku menangis. Ya, mgkin sgala yg berlaku ada hikmah namun setiap kebaikan dan hikmah itu belum lagi berlaku. Di hadapan sana siapa tahu, aku tetiba jadi Jutawan dgn jalan yang aku pernah benci ini.

Sejak itu, aku xfikir apa2 lagi. Aku xtoleh ke belakang lg. Yg ada dalam otak, hanya mahu melihat DSA naik smula. Bayangkan, pergi pagi balik malam. Pernah aku balik rumah jam 2,3 pagi. Badan penat sekali tp mental aku masih kuat. Aku xboleh mengalah. Dalam hal ini, aku cukup2 berterima kasih pd ibubapa mertua. Mereka lah yg tengok2 kan anak2 aku selama aku btungkus lumus memulihkan kembali keadaan DSA. 

Anak-anakku.. Kamulah Sumber Kekuatan!

Kadang2 aku sebak tgok wajah anak2--aku xbnyk sgt wktu bsama mereka. Aku harap mereka faham. Semua ini bukan main-main. Aku sedang berusaha utk ksenangan ms depan mreka juga. Pun begitu, tgjwb sbg ibu xpernah aku abai. Setiap keperluan anak2, aku cuba tunaikan. Sesekali aku dan suami tetap curi2 masa bawa mreka keluar. Syukur, Dyan Nur Shalia dan Ahmad Deedath Shidqie dari kecil xbanyak songeh. Senang skali menjaga mereka,permata dan penghibur hati kelas satu! Hehe..

Masuk tahun 2016, jentera DSA smakin laju, semakin kencang. Biarpun kepala slalu pening dan berpusing memikirkan cara utk menaikkan sales, tp pncapaian demi pncapaian yg diperolehi terutama dr segi keuntungan amat2 melegakan hati. Tiada istilah berehat sepanjang 2016. Aku benar2 tidak menipu bila aku kata aku nak tengok DSA jd pusat rekabentuk grafik dan pcetakkan milik org melayu yg gah! Aku harus bkerja dgn lebih kuat utk merealisasikan impian itu. Ia bukan sesuatu yg mudah, namun tidak pula mustahil!

Untung rugi dalam perniagaan perkara yg xboleh kita elak. Setiap ms aku belajar dan belajar. Sedikit demi sedikit aku dh boleh bezakan mana resit, mana invoice, mcmmna buka cek, mcm mn nk urus sgala mak nenek di ofis ni. Semua dgn tunjuk ajar suami. Serius, benda2 sekecil itu amatlah asing buat aku. Tapi nak tak nak, aku harus belajar utk memahirkan diri.

Terus terang pd awalnya perasaan sakit hati dan ptus asa sering datang dlm diri. Pernah sekali aku pulang ke rumah dan menangis tanpa henti di bilik air. Entah pd siapa aku nk becerita betapa ketika itu aku sdg melalui satu detik yg betul2 buat aku give up. Lama aku di bilik air, berharap bunyi2 air di bilik mandi akan menenggelamkan bunyi tangisan aku. Sedih sgt wktu itu.

Aku yakin xde sapa pon nk mndengar rintihan2 kecewa aku. Aku pon xrasa nk luahkn pd ssiapa lg. Cukuplah aku dh buat banyak org meluat. Sekarang org nk tengok aku bjaya, bukan menangis dan mengeluh xkira ms. Jadi pd Allah lah tempat aku mengadu. Pada Dia aku mendapat smula kekuatan yg hampir2 hilang dlu. :'(

Kesimpulanya, kalau mental n fizikal xkuat, toksahla kau berangan nk running apa2 business pun! Buang ms dan duit! Mmg berniaga boleh buat kau kaya, jd jutawan tp kau ingt Dato vida dan Dato Alif syukri tu kaya terus lepas 2,3tahun berniaga? Mimpilah kau!
Nak menempa kejayaan dlm perniagaan bukan ssuatu yg mudah. Di sini kau akn bermain dgn begelen2 airmata, peluh dan keringat! Huhu..

Syukur, walaupun pd ketika itu aku spt tiada ssiapa utk mengadu, tetapi anak2 yg masih kecil terutama Dyan Nur Shalia seolah2 faham beban yg sdg ibunya ini tanggung. Bila melihat aku murung, dia pasti datang dekat dan bertanya "mamie ok?"Soalan nya tampak ringkas namun betul2 menyentuh hati. Aku segera memeluknya . Terus segala masalah2 dalam kepala hilang. Demikianlah Allah kurniakan aku anak2 yg hebat! Yg selalu ada utk aku disaat2 aku lelah utk bernafas. :'(

Walaupun sepanjang tahun 2016 ini, DSA masih mrangkak2 lg namun aku boleh menarik nafas lega sebab sekurang-kurangnya aku bjaya SURVIVE utk tahun2 pertama. Bagi aku ini sesuatu yg harus aku kagumi. Kenapa? Sebab xramai peniaga mampu bertahan utk tahun2 pertama dgn modal yg kecil. Ramai yg bungkus dan gulung tikar krn bberapa masalah. Kejayaan mengharungi tahun pertama dan kedua ini buat aku semakin percaya, DSA boleh terbang lebih jauh!

Oh!2017.
Smoga di tahun ini dan tahun2 seterusnya Allah aturkan yg lebih baik dan stabil buat kehidupanku, keluarga, kerjaya dan perniagaan. Amin.

Apa perancangan dan harapan menjelang 2017? Okay, dah xde org nk temuramah aku, maka aku sdiri yg betanya dan aku sdiri yg menjawab.

KEWANGAN?

Spt org2 lain, aku mnhrpkn hdup aku dimasa2 hadapan lebih stabil terutamanya dr sudut ekonomi. Aku mengimpikan kehidupan yang tenang, bebas hutang. Ya, sedang berusaha melunaskan hutang2 yg ada dan membelenggu hdup xkira hutang dgn bank, PTPTN, dgn adik bradik. Smoga impian yg satu ni termakbul pd 2017. Bawa keluarga pergi bercuti juga mnjadi angan2 yg xpernah padam. Tempat paling aku nk pergi tentunya Korea dan Dubai. Apapun  dpt bw keluarga menikmati keindahan Koh Lipe dan Kundasang pon dh memadai bt masa skrg. In Sha Allah. Mungkin tahun dpn.

KELUARGA?

Syukur bahagian aku dlm melayari kehidupan berkeluarga sgt hebat. Allah kurniakan aku ibubapa dan adik bradik yg hebat. Suami yg hebat. Mertua yg hebat. Anak2 yg hebat. Smua hebat2. Merekalah tulang belakang aku ketika ini. Smoga kami semua terus dpanjangkn umur, diberikan kesihatan yg baik serta rzeki yg melimpah ruah utk terus berkasih sayang tanpa sempadan dan membentuk ikatan kekeluargaan yg lebih hebat dan matap Amin!

CINTA?

Walaupun ank dh nak masuk 3 tapi kami suami isteri masih bercinta spt dulu2. Sedikitpun xpernah berubah kasih syg suami bt diri ini. Bahkan semakin menjadi2. Ewah. Hahaha. Buktinya, walaupun sdg btungkus lumus dan bepenat lelah menguruskan DSA dan dua org anak kami yg sedang mmbuas, aku masih ada kekuatan utk mengandung sekali lg. Wakaka. Ini kelaka. Sebab suami ringan tulang. Minta tlg apa2 xpernah berkata TIDAK. Dia bkn takut bini, tp syg bini sgt2. Haha. Mcm ni branak stahun skali pon xdehal der. Kah! Ya Allah smoga cinta kami smpai Jannah. Smoga suamiku terus istiqomah mnjadi suami yg terbaik dan daddy yg hebat buat anak2 kami. Amin!

PERSAHABATAN?

Hmm.Org nampak aku spt ramai kawan. Org nampak aku sering begelak sakan melayani kwn2 baik di fb @ di instagram. Hanya setakat itulah. Jujur, slps berkahwin dan ikut suami menetap di Kedah. Aku telah hilang ramai kwn2. Bertemu setakat di muka buku bak kata Najwa Latif. Di fb, org yg sering begelak ketawa dgn kau, bukan bmakna dia tahu smua tentang kau. Sng kata bkn sahabat karib kau. Setakat nk belawak tah hape2 boleh la. Dan lebih sakit, yg bergelak - gelak dgn kau itu, belum tentu sebenarnya suka kau. 

Serius, aku tahu ada yg sakit hati, meluat dan mnyampah dgn post2 aku. Aku memilih utk mnjadi diri sediri. Jadi aku mbiarkan mereka2 itu melayani hati kotor mereka sdiri. Kalau mereka faham erti PINJAMAN TUHAN. Pasti mereka xkan sdikit pon ada rs cmburu dan iri dgn kehidupan aku. Apa yg aku dpt smua pnjaman Allah, bila2 ms Dia boleh ambil smula.Hmm..belum kaya org dh sakit hati, kalau kaya entah mcm mn dia punya rs dengki. Aku ckup takut dgn org2 begini tp memilih utk terus berkawan tetapi dgn berpada2. Aku jenis xsuka nk ptuskn hbgn sesama manusia dgn xtentu hala.

Apapun xsmua org negatif. Smoga one day aku boleh ada kwn baik smula. Seronok jgk sbnrnya ada sahabat2 yg sentiasa positif dgn kita, sambil melayan kepala gila dorg juga boleh mnjadi pendengar setia. Sesekali aku tringin juga nk lepak2 dgn kwn2 baik di kedai2 mamak, smbil bgelak2. Haha. Nak gelak je keje.

KERJAYA?

Dah tentu aku nk mantapkan lagi company aku. In Shaa Allah xlama lg DS akn dinaik taraf mnjadi syarikat Sendirian Berhad. Dibarisi staf2 yg handal dan mantap. Smoga 2017 adalah tahun yg memberi 1001 keberkatan dan keuntungan buat DS! Amin.

Dirgahayu DSA!



SELAMAT DATANG 2017!


Saturday, 17 December 2016

Selamat Hari Lahir Ma!

Pepagi mata dh berkaca. Eh nasib xde sapa kat ofis ni. Oh lupa hr sabtu.

Sebak pulak hati aku menatap pic2 ma dalam external pagi ni. Aku pilih satu psatu yg cun2 utk dimuatkan dlm entry aku bersempena hari lahir my super duper mom hari ni. Ya, 17 Disember 2016, ma genap 55tahun. Alhamdulillah. Ternyata umur sekadar angka..ma masih muda dan akan sentiasa muda dimata kami. Tidak pernah dimamah usia. Wajahnya amat menyejukkan hati. Penuh keibuan. Bila jauh begini, rindu xusah cakap. Lebih2 lagi masakan ma. Tak pernah xsedap. Air tangan ma. Masak apapun menjadikkkk..merecikkk!

Ma & Ayah..moga bahagia hingga syurga!

Pengalaman paling aku xboleh lupa bersama my mom adalah ketika aku melahirkan anak pertama, Dyan Nur Shalia di HPRZ, Kota Bharu, hampir 3 tahun lalu. Ma jadi bidan tanpa disangka di labour room. Masa tu suami aku keluar utk pergi solat jumaat dan ma masuk gantikan suami aku. Mulutnya tidak henti minta aku berzikir dan ketika bukaan sudah 10cm, ma bagaikan pom2 girl btempik mengalahkn doktor dan staf nurse di bilik itu. 

"Teran!"
"Ha teranlah..kuat sket. Dah buleh dh tu"
"Teran" Tempik ma. Haha.

Dan dgn sekali push, aku selamat melahirkan ank pertama. Ketika itu cun2 azan solat Jumaat berkumandang. Ma org pertama menatap wajah cucu sulung perempuannya (Sebelum ni cucu2 smua lelaki)
Kata ma, dh 11x dia melahirkan anak tapi ni kali pertama dia melihat proses kelahiran di depan mata secara live. Haha. Kelakar sgt bila ingt detik2 kami di labour room ketika itu.


Kenangan di Aidilfitri


Cucu perempuan pertama Tok Ma. Hehe..debab time ni..

Harapan aku smoga dapat menjadi isteri dan ibu yg kuat dan tabah seperti ma.
Seorang ibu yg telah mengandungkan 13 orang cahaya mata (3 meninggal swaktu bayi dan keguguran ketika masih dalam kandungan) . Seorang ibu yg begitu menekankan pndidikan dunia akhirat buat anak2. Biarpun kami hdup xmewah dan kaya, namun itu bukan alasan kami 10 beradik utk tidak bersekolah. Syukur 7 orang dr kami sudah berjaya melangkah ke Universiti dan ada yg menjawat jawatan sbg guru, doktor dan aku sdiri, berada di lapangan perniagaan dgn berkat doa ma.

Satu harapan ma pd anak2 perempuan, agar dapat melihat kami menyarung tudung labuh sepertinya. Haha. Ma ckup seronok kalau aku pinjam dan pakai tudung dia yg labuh tu. Rasanya dh 3 pasang tudung labuh dia berikan pd aku dgn harapan aku belajar pelan2 menutup aurat dgn lebih sempurna. Smoga impian ma terkabul satu hari nanti. Amin.

Aduh nk cerita psl ma, satu entry tidak mungkin mencukupi.Memadailah dunia tahu betapa ma insan penting buat kami 10 beradik. Tidak dapat aku membayangkn dunia ini tanpa insan bergelar ibu. 

Selamat hari lahir ma. Aku doa smoga Allah memberi kesihatan yang baik buat ma, memanjangkn umur orang yg melahirkan aku ke dunia ini serta memurahkan rzeki ma. Nak dikenang segala jasa dan pengorbanan, xmampu diluah dgn kata. Begitu besar! Seguni intan permata belum dapat membalas segala kemuliaan hati ma dalam membesarkan kami 10 beradik.

Ma,
no one can ever take your place in my heart. Huhu.. I love you forever and ever. No matter where I go or whom I meet, you will always be number one to me.Ingat tuuu...hehehe.


Tuesday, 6 December 2016

Rezeki Yang Tiada Galang Ganti.

Bismillahirahmanirahim..

Hari ni hari yg agak excited buat aku dan suami. Hehe..
Pagi2 kami dh bangun utk daftarkan dua permata hati kami Dyan Nur Shalia dan adiknya
si comel dlm perut.
Haha.

Register Kakak dan bakal adiknya..

Si Kakak kami daftar masuk play school di Little Calliph xjauh dr opis aku di Laguna Merbok. Adiknya yg bakal melihat dunia tahun depan pula kami "daftarkan" kat Klinik Ibu Anak Sg Lalang, xjauh dr kawasan perumahan kami. Dalam kata lain, bukak buku merah. Gitu. Mentang2 anak ketiga, main bedal je nk buat buku bila pon. Nasib nurse cool dan baik2. Walaupun agak lewat aku dtg buat buku merah, tp dorang xbebel2 sgt. Sebab aku awal2 dh pegi scan di Private Clinic. So xbnyk le keje dorg. Smua details dh ade kt hasil scan tu. Dorg tinggal salin je sgala butiran scan tu ke buku merah.Hehe..baby okay. Alhamdulillah.Walaupun ini anak ketiga tp perasaan gementar, excited masih bcampur2.

Dapat juga kakak merasa suasana persekolahan. Alhamdulillah!

Bercerita psl kakak masuk taska.
Sebenarnya aku dan suami bfikir panjang sm ada nk hantar dia ke Little Calliph ke tak sebab dia masih kecil. Januari tahun dpn dia baru genap 3 tahun. Tapi melihatkan kepetahan dia bcakap (melawan aku) dan asyik ckp kakak nk p kullah (sekolah), kami laki bini pon sepakat la hantar dia ke Play School. Jujur, Allah je tahu perasaan aku nk lepaskan dia ke Taska. Bayangkan asyik dgr cerita2 x elok tentang Taska. Tapi kami suami isteri harus positif dan doa yg baik2 sahaja. Kalau difikirkan sgt psl trauma dan takut, smpai bila2 lah Dyan Nur Shalia xmasuk sekolah.

Lagipun Little Calliph antara taska yg terbaik (hasil google dan btanya kwn2). Cawangan pon dh serata negara. Dibarisi pula guru2 bertauliah dan terlatih. Lagipun utk kanak2 seawal 3tahun, hanya 10 orang je mereka ambil. Mmg ramai yg tekejut bila aku kata nk hantar dia ke school, mebi sebab orang xtau ni hanyalah Play School, bukan Pre School. Dia mcm kita hantar ank kepada pengasuh juga cuma di Little Calliph, anak2 kita ada kwn2, ada uniform khas dan ada ckgu2 bertauliah utk mengajar dan memantau aktiviti dorang.

Ni tempat "pendaftaran" si kecil dalam perut. Haha.

Sebagai ibu, aku mgharapkan dan mdoakan yg terbaik utk kakak. Kepetahan bckp ketika umur baru 2 tahun mnjadi kelebihan utk dia mndapatkn ilmu dan pndedahan awl dunia psekolahan. Kalau dia masih gagap bckp dan belum begitu cerdik utk mmberitahu ckgu dia nk berak atau kencing, rasanya aku xmgkin anta dia ke Taska seawal ini.

Sorang lagi?
Haha..oh ye.. Ahmad Deedath baru setahun 4 bulan. Jadi tidak didaftarkan ke mana2 skolah or Taska lg sebab atuk dia mmg xkan bg. Pasti dia brasa sgt2 sunyi dan boring bila kakak dh stat skolah next year. Hehe. Tinggallah dia dgn atuk dan tokwan je nanti. Kesian. Haha.

Apapun aku bterima kasih sgt2 pd Tuhan krn mempermudahkan sgala urusan utk hari ini. Syukur ke hadrat Allah. Setel pndaftaran dua org anak.

Alhamdulillah! Semoga 2017 menjanjikan lebih kebahagiaan, kerezekian dan keberkatan dalam hidup. Amin.




Friday, 7 October 2016

Sepasang Kembar Bakal Menjengah Dunia..

Ketika sedang menaip entry ini, mata aku berkaca.
Sebak giler kat dada!
Penantian yg aku kira dselang-seli airmata, doa, dan pengorbanan!
Akhirnya Allah sudahi dgn berita yang penuh bererti.
---Buat sepasang suami isteri ini.
Dan buat semua orang yg sama2 menanti dan terus menanti.

Dan seperti menunggu kelahiran anak sendiri,
aku menghintung hari demi hari...penuh debar dalam hati!
Tuhan janji orang yang sabar ada habuannya nanti..

Dan ujian yang diberi Tuhan bukan calang2
hanya mereka yang kuat sahaja diuji begini.Ya! Mereka sangat kuat.
Aku mnjadi saksi bagaimana mereka melewati hdup dgn
psoalan2 manusia yg kadang2 bagai xmahu mengerti..
bahawa soal jdoh,zuriat,ajal dan sgala ketetapan adalah milik Allah!
Mereka ditanya berulang2 soalan yg mereka sdiri gagal mnjawab!
Dan bermacam lagi ujian serta dugaan mereka tempuh bsama..

Hye girlsss!!! :'(

Tuhan xpernah mungkir, lihatlah sayang-sayangku!
Apa semua ini?
Kegembiraan apakah ini?
Sebuah hadiah Tuhan beri utk 1001 kesabaran!
Sangat indah..

Bukan seorang tapi dua!
Ya,dua puteri bakal menjengah dunia Disember nanti (Dgn izinNya!)
Puteri2 yang kita semua tunggu dgn doa dan ikhtiar!
Bergembiralah hati-hati yang telah lama berduka.

Alhamdulillah!!!!!!!

Aku meneruskan penantian puteri2 comel itu.
Mohonku agar smua mendoakan supaya segala bjalan dgn lancar..
dipermudakan segala doa si ibu bapa dan anak2.

Sungguh,
Allah tidak pernah memungkiri janji!

Milik siapa kembar itu?
(Senyum)
Milik hamba Allah yang sabar!
Tunggu disember ya...



Friday, 25 March 2016

Isteri Untuk Disewa? What The Frog!

Satu hari di MPH Book Store Amanjaya Mall Sg.Petani..


Staf MPH : ye..boleh sy bantu.cari buku ape?
Aku : sy cari buku tulisan Hamka..ade x?
Staf MPH : oh ade..( bawa aku ke rak yg tsusun bderet buku2 tulisan 
prof.Dr Hamka! ) adoh!
Aku : oh bukan hamka ni..
Staf : habis 2? tajuk buku ?
Aku : hamka kereta mayat..tajuk kisah laki bini.
Staf : hah??? kereta mayat? laki bini? ( muke tkejut..mgkin pelik)..lalu staf tsebut pergi bgtau kwn2 dia..ada x buku hamka kereta mayat.Kisah laki bini? )
Ade kwn dia mmberi respon tsenyum sinis..ada yg geleng2 tanda xtau malah xpernah mndengar nama itu.Lalu staf tsebut datang kpd aku dan mmberitahu buku 2 xde djual..biar betol!

Aku kecewa dan hampir2 bputus asa..dorg xtau kot aku dh lama xmasuk kedai buku dan dah lama xbc buku.Sekarang aku gagahkan diri datang ke sini semata-mata nk beli buku berhantu itu. Kenapa berhantu? yelah sjak ade dipasaran..buku 2 asik menghantui hdup aku,menampar2 pipi aku smbil berkata cepat beli aku!cepat beli aku! Haha!Entah kenapa aku selalu bgtau kt diri aku mesti dapatkan buku itu.Tengok review mcm best.Tapi kesibukan kerja mnyebabkn aku slalu trlupa nk beli buku itu.Tp buku tu xputus2 hadir dlm kepala hotak aku.Mgkin krn penulisnya kereta mayat..maka buku 2 pun ade unsur2 seramm..terus menghantui aku.Nah! skrg bila aku dh tpacak dlm kedai buku, dorg bgtau buku 2 xde djual. Cari pun gitu2 dh ckp xde djual.

Dengan langkah yg lemah aku belek2 buku lain. Takde yg tringin nk dbeli. Aku buat keputusan kluar dr book store tsebut..haaa! elok aku nk keluar..mata aku terpandang buku KISAH LAKI BINI..dalam 3 buah je lagi..duk rak paling hujung dan atas! Patut dorg xjumpa..Ish! tp sekalipun xjumpa dorg xpatut bgtau buku 2 xdijual kt situ.Pegi la cek dlm sistem komputer..adoh. Aku pggil staf mph td...

Aku : Dik..itulah buku sy cari! 
Dia mcm tsipu2 malu sambil bantu aku amik buku tu dr rak tinggi itu. Lega dan happy rasa. Xjadi nk marah staf tuh.
Selepas mmbayar harga buku.Aku terus koyakkan plastik buku tu dgn rakus. Aku cari port kat food court dan terus membaca helaian demi helaian. Hah! memang buku ni berhantu..aku mengilai seperti ponti tanpa mempeduli dah orang sekeliling. Hahaha. Mcm bc komik doremon atau lawak kampus. Tp dalam humor tu tselit pengajaran dan pengisian yang berguna.

Finally..Fuh!
Jangan baca buku ni sambil makan..Kelak tercekik!

Aku mewajibkan smua laki bini dan bakal2 laki bini membeli dan mmbca buku tulisan Hamka Kereta Mayat ni.Memang berbaloi la beli buku tersebut. Harga RM29.90 je.Dari korang dok beli novel2 merapu rapat tajuk nya tu..elok korang bc buku2 mcm ni. Aku naik pening tengok bmacam2 tajuk novel di atas rak. Dasyat betul penulis2 novel skrg bg tajuk kt novel dorang..Suami aku playboy..Isteri Separuh Masa...Tundukkan Playboy Itu..Suamiku Ustaz..Cinta Encik Polkadot..Abang Khai Tomboy. Dan paling xboleh blahhh Isteri Untuk Disewa.. 
YA ampunnn tolonglaaaa...rs nk pitam dua minit tengok susunan2 novel.Cinta..cinta..cinta.What da frog!



Wednesday, 15 April 2015

Tiada Beza Pun....

Budak ni tunggu masa je ni hantar umah pengasuh. :)

Tadi sy tbaca komen seorang ibu kat satu link vdeo pnderaan anak yg berlaku di sbuah pusat asuhan di Selangor .Ada nada sdikit riak bila dia ckp mujurlah dia ni surirumah spenuh masa, jaga ank sdiri dan xhantar kpd pngasuh sebab anak 2 amanah Allah, jd ibubapa la kena jaga bukan bg kepada pengasuh. Dia ingt ibubapa bkeje yg anta umah pngasuh 2 mintak ke ank ddera? Ingt org keje spt kami ni bg ank pd pngasuh sbb pegi bpoya2 ke? 

Ikutkan hati smua ibu bapa di dunia mahu duduk rumah habiskan ms bsama ank2.Tp sbb anak amanah Allah lah, maka kami keluar bkeja.Anak bkn utk djaga dan dikawal pgerakan mreka semata,tp perlu dberi makan,tempat tggal dan pakaian selesa.Dan smua itu tidak datang sdiri.Ibu bapa yg kena cari dan sediakan.Bersyukurlah kalau suami anda mampu keje seorang diri dan anda jaga anak drumah.Tp dlm keadaan sara hdup yg smakin tggi,sy pcaya ramai wanita tpksa ikut sm bkeje mringankn beban suami.Lalu tpksa memutuskan utk mnyerahkan anak2 kepada pengasuh.

Namun sy pcaya, sebagai ibu bapa yg baik, kita tidak mnyerahkan spenuhnya urusan mnjaga anak kepada pengasuh. Selepas hantar anak ke rumah pengasuh,tgjwb kita kpd anak tidak terhenti di situ sahaja.Otak akn tetap bpusing ligat memikirkan anak2 yg jauh dmata. Apakah anak aku sedang buat..sudah makan ke anak aku..sedang tidur atau bermain.Adakah dia selesa di rumah pengasuh atau di Taska?? Sekejap2 kita akan call/sms utk btanya keadaan anak2.

Meskipun sibuk bkerja,kita tetap memantau pkembangan anak dr jauh. Selalu btanya pngasuh keadaan anak, ada masalah atau tidak. Hati ibu mana tidak risau bila anak yg dkandung slama 9 bulan ttiba tpksa dijaga oleh orang lain. Sebagai ibubapa,kita hanya boleh berdoa agar anak kita betul2 dijaga dengan sempurna oleh pengasuh. Tiada ibubapa mahu anak dlayan dgn kejam,didera atau dipukul di belakang mereka. 

Isu penderaan kanak2 di pusat asuhan bkn lah isu baru. Ia telah lama berlaku. Namun kita seharusnya sedar, tukang2 dera yg berhati kejam ni kadang bukan melibatkan pengasuh je tapi ibu bapa kandung sendiri,ibu tiri, bapa tiri, bapa dan ibu saudara pon kerap terlibat dgn kes penderaan anak2 kecil. Jadi tak perlulah kita memandang smua pengasuh sebagai manusia yg tidak layak mnjaga anak2 kita sbb darah daging sendiri pun kadang ada yg berhati binatang.

Kepada tukang komen yg gemar ckp riak mcm tu, sehingga mnyentuh hati ibu2 bkerjaya.Percayalah prjalanan hidup setiap orang tidak sama. Mungkin akak dtakdirkan punya kewangan yg stabil lalu boleh duduk rumah mnjaga anak2. Sementara org lain dtakdirkan sebaliknya. Apapun, sm ada kita memilih utk jd suri rumah sepenuh masa atau ibu yang bkerjaya, segalanya tetap menjadi ibadat seandainya kita melakukan smua itu dgn niat demi anak2. Kedua2nya tetap dipandang mulia oleh Allah.

Tiada siapa pun yg paling hebat. Suri rumah spenuh masa atau ibu bkerjaya sebab kdua-duanya mempunyai cabaran tsendiri dan pngorbanan yg besar.Tidak mudah menggalas tugasan sbg suri rumah dan ibu yg bkerja.Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan sendiri!

Apapun sy bersyukur sebab setakat ini anak saya berada di bawah jagaan Atuk dan Tok wan dia selama saya dan suami keluar bkerja. Kami tidak ada masalah untuk hantar anak kepada pengasuh tetapi ibubapa mertua saya masih berkeras mahu mnjaga Dyan Nur Shalia. Maklumlah cucu sulung. Apapun saya pcaya satu hr nanti mungkin ibubapa mertua sudah tidak larat mnjaga cucu, jadi kenalah juga hantar anak kpd pengasuh. Seperti ibubapa lain, saya pun hanya boleh berdoa agar bertemu dgn pengasuh yg penyayang dan boleh mjalankan amanah mnjaga anak2 sy dgn baik.Amin.