Wednesday 15 April 2015

Tiada Beza Pun....

Budak ni tunggu masa je ni hantar umah pengasuh. :)

Tadi sy tbaca komen seorang ibu kat satu link vdeo pnderaan anak yg berlaku di sbuah pusat asuhan di Selangor .Ada nada sdikit riak bila dia ckp mujurlah dia ni surirumah spenuh masa, jaga ank sdiri dan xhantar kpd pngasuh sebab anak 2 amanah Allah, jd ibubapa la kena jaga bukan bg kepada pengasuh. Dia ingt ibubapa bkeje yg anta umah pngasuh 2 mintak ke ank ddera? Ingt org keje spt kami ni bg ank pd pngasuh sbb pegi bpoya2 ke? 

Ikutkan hati smua ibu bapa di dunia mahu duduk rumah habiskan ms bsama ank2.Tp sbb anak amanah Allah lah, maka kami keluar bkeja.Anak bkn utk djaga dan dikawal pgerakan mreka semata,tp perlu dberi makan,tempat tggal dan pakaian selesa.Dan smua itu tidak datang sdiri.Ibu bapa yg kena cari dan sediakan.Bersyukurlah kalau suami anda mampu keje seorang diri dan anda jaga anak drumah.Tp dlm keadaan sara hdup yg smakin tggi,sy pcaya ramai wanita tpksa ikut sm bkeje mringankn beban suami.Lalu tpksa memutuskan utk mnyerahkan anak2 kepada pengasuh.

Namun sy pcaya, sebagai ibu bapa yg baik, kita tidak mnyerahkan spenuhnya urusan mnjaga anak kepada pengasuh. Selepas hantar anak ke rumah pengasuh,tgjwb kita kpd anak tidak terhenti di situ sahaja.Otak akn tetap bpusing ligat memikirkan anak2 yg jauh dmata. Apakah anak aku sedang buat..sudah makan ke anak aku..sedang tidur atau bermain.Adakah dia selesa di rumah pengasuh atau di Taska?? Sekejap2 kita akan call/sms utk btanya keadaan anak2.

Meskipun sibuk bkerja,kita tetap memantau pkembangan anak dr jauh. Selalu btanya pngasuh keadaan anak, ada masalah atau tidak. Hati ibu mana tidak risau bila anak yg dkandung slama 9 bulan ttiba tpksa dijaga oleh orang lain. Sebagai ibubapa,kita hanya boleh berdoa agar anak kita betul2 dijaga dengan sempurna oleh pengasuh. Tiada ibubapa mahu anak dlayan dgn kejam,didera atau dipukul di belakang mereka. 

Isu penderaan kanak2 di pusat asuhan bkn lah isu baru. Ia telah lama berlaku. Namun kita seharusnya sedar, tukang2 dera yg berhati kejam ni kadang bukan melibatkan pengasuh je tapi ibu bapa kandung sendiri,ibu tiri, bapa tiri, bapa dan ibu saudara pon kerap terlibat dgn kes penderaan anak2 kecil. Jadi tak perlulah kita memandang smua pengasuh sebagai manusia yg tidak layak mnjaga anak2 kita sbb darah daging sendiri pun kadang ada yg berhati binatang.

Kepada tukang komen yg gemar ckp riak mcm tu, sehingga mnyentuh hati ibu2 bkerjaya.Percayalah prjalanan hidup setiap orang tidak sama. Mungkin akak dtakdirkan punya kewangan yg stabil lalu boleh duduk rumah mnjaga anak2. Sementara org lain dtakdirkan sebaliknya. Apapun, sm ada kita memilih utk jd suri rumah sepenuh masa atau ibu yang bkerjaya, segalanya tetap menjadi ibadat seandainya kita melakukan smua itu dgn niat demi anak2. Kedua2nya tetap dipandang mulia oleh Allah.

Tiada siapa pun yg paling hebat. Suri rumah spenuh masa atau ibu bkerjaya sebab kdua-duanya mempunyai cabaran tsendiri dan pngorbanan yg besar.Tidak mudah menggalas tugasan sbg suri rumah dan ibu yg bkerja.Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan sendiri!

Apapun sy bersyukur sebab setakat ini anak saya berada di bawah jagaan Atuk dan Tok wan dia selama saya dan suami keluar bkerja. Kami tidak ada masalah untuk hantar anak kepada pengasuh tetapi ibubapa mertua saya masih berkeras mahu mnjaga Dyan Nur Shalia. Maklumlah cucu sulung. Apapun saya pcaya satu hr nanti mungkin ibubapa mertua sudah tidak larat mnjaga cucu, jadi kenalah juga hantar anak kpd pengasuh. Seperti ibubapa lain, saya pun hanya boleh berdoa agar bertemu dgn pengasuh yg penyayang dan boleh mjalankan amanah mnjaga anak2 sy dgn baik.Amin.