Saturday 14 July 2012

8 JAM

Finally..:D

Salam..
Beberapa hari lepas sy yg bz ini mcuri2 wktu terluang mnonton wayang bsama si dia..hehe..
Lama betul kami xlayan movie kt GC,village mall,sungai petani ni,maklumlah selain xsempat,sy juga mls nk bazir dt dan ms sbb biasanya lepas bberapa hr atau minggu satu2 filem 2 ditayangkan,kopem ada org uplod kt youtube.Huahaha.Nk free je kan?

Tp skali skala rindu gak nk berdating..:)
Hari 2 kami xplan pon nk tgk citer apa tp kwn sy ni kata nk tgk citer santai2 je..Nk ringan kepala..Lalu dia cadangkn layan flem 8jam..Sy pula wlopon sgt2 meminati lakonan Shaheizy Sam,ttiba berat ht plak nk 
lepaskn dt mmbeli tiket flem 2..risau pula pengisiannya zero!Membazir tau rm20..Dh la dtg skali skala kn..ttiba layan citer tah pape..bengang jgk kn?

Lagipun hr 2 bnyk gak filem2 luar yg best2 mcm Spiderman sdg dtayangkn..
Bukan xnak sokong filem tempatan,tp sy tengok filem2 mlayu skrg mcm KLISE je jln cerita lebih2 lg terbitan MIG...Pelakon2 pon asik muke sm..Tgk poster pon dh tau.Balik2 psl isu gelandangan,terbabit dgn mslh sosial,cinta..gengster!Ah!

Xdinafikan mmg lakonan Sam mmg mantap,tp kalau dh slalu dia bawa watak sama..xke bosan pemint dia?hehe..Last2 sy layan gak 8 jam..Kesian kt kwn sorg 2.Mgkin betul dia xmo tgk citer berat2 kali sbb nk santai2,sbb biasa dia hantu filem2 org putih.Mana nk layan dia citer2 melayu ni.Kalau layan pon sbb nk teman sy.Haha.Kali ni terbalik pula..

Ok 8 Jam ni katogori flem cinta dan aksi la..
Arahan Ahmad Idham..wlopon sy rs filem ni biasa2 tp ht msih mgharapkan Ahmad idham mnyelitkn sedikit
sbanyak kelainan dlm filem ini.Selain Sam dan Yana samsudin,Idham jg mletakkan sandaran kpd plakon dari thailand Simon Kok yang pernah berlakon dalam Ong Bak dan Tom Yum Goong sbagai pelaris filemnya..:)

Lakonan Sam mantap tp bosan sbb watak sm je dia bawak..huhu!

8 jam mengisahkan tentang kehidupan sorg banduan bernama Alang Budi (Fimie Don / Sam Shaheizy) yg dijatuhi hukuman gantung smpai mati krn mmbunuh.Satu2 persatu titik hitam dlm kehidupannya dr kecil dbongkarkan ketika dia brada di penjara dtemani seorang polis lakonan Eizlan Yusof.Sehingga 8 jam terakhir dia hdup,Alang masih terus bcerita dan penonton mula tertanya2 siapa yg dia bunuh sbnrnya sehinggakan dia mnerima hkuman gantung..

Khidupan Alang sejak kecil tidak pernah senang dan bahagia.Ibunya mati dbunuh Along ddepan mata.Dan dia mmbesar di rumah ank yatim piatu.Tiada siapa sudi mndekatinya lantaran Alang dr zmn kanak2 seorang yg agk kasar dan suka mnyendiri.Bgaimanapun,seorng budak prempuan bnama Siti Juliana Hamdan (Eryyne Erynna/Yana Samsudin) meminatinya dlm diam dan mreka mnjadi kwn sehinggalah muncul bibit pcintaan sehingga mreka dewasa..

Mndekati peperiksaan SPM,Julia telah dibawa oleh kluarga ibu saudaranya utk pulang ke rumahnya.Perpisahan itu mmberi tamparan hebat buat alang krn dia begitu mnyanyangi Julia.Dia mcari julia serata tempat namun gagal mnemuinya.Alang akhirnya pulang ke tempat asalnya,tmpat dia debesarkan.

Ok..ada bberapa watak yg bjaya mnyentuh hati sy dlm flem ini.Ada juga part yg serius tp masih mngundang tawa penonton terutama scene2 yg mbabitkan Sam dan Eizlan dlm penjara..Filem ini kira nya juga tidak bosan meskipun penonton sudah boleh mengagak apa yg bakal berlaku.

Skian lama bpisah,Alang budi btemu smula kekasih lamanya,Julia dlm satu insiden yg xdisangka.Mereka tinggal serumah slps Alang mndapati Julia lari dari rumah kluarganya.(boleh pulak mcm 2 kan??).Walaupun hdup susah ,Alang bahagia krn Julia brada dismpingnya namun berlainan pula dgn Julia..yg mghrpkn kehidupan mreka berubah.Dia digambarkan tidak selesa tggl dilorong itu,berniaga ayam dgn Alang dan sering pula diganggu along2 yg dtg menuntut hutang dr Alang.Dia brharap Alang dpt merubah kehidupan mreka.

8 jam terakhir Alang dpenjara,sambil menikmati makanan terakhir permintaanya iaitu bubur dan peha ayam,dia mghabiskan ceritanya.Rupanya dia dpenjara kerana mmbunuh Julia,kekasihnya sdiri.Di ptghn cerita Alang ada mmberitahu,dia xkan takut utk bunuh sesiapa..malah andai julia sndiri belot kepadanya.Julia jg akn dibunuh!Lalu sy mnyimpulkan mgkin julia telah curang krn xsanggup hidup susah!sbb itu dia dbunuh oleh Alang.Namun,sbg penonton,sy mgharapkan ada suprise pd akhir cerita.Mgkin Idham mahu mmberi ssuatu yg dluar kotak fkiran penonton?Namun ternyata tiada kesudahan yg suprise itu..Huhu..T_T..

Filem dh agk menarik,syg endingnya biasa2..
Org kita mgkin sudah ketandusan idea..barangkali.Tp itulah,kalau xde idea,xperlulah buat filem.Kalau sbb wang,maka flem melayu dpermainkan..mmg bacul la penggiat2 flem kita.Entah bila la flem kita dpt bsaing dgn flem2 luar yg jauh meninggalkan kita..sedih2.

Apapun,3 bintang sy bg utk filem ni k..
Pada siapa yg rs nk tgk flem ni sila la ke pawagam skrg sbb tgh rancak dtayangkn.
Bak kata kwn sy,kalo nk santai2 bleh aje..if rs xbbaloi nk abiskn dt,bnyk lagi pilihan lain yg lebih menarik ya!
Enjoy!